Photobucket Photobucket Photobucket

Egyptian Cotton 2 for Sale !!!

Test mic 1 . 2 . 3 . SHafiza's Bawal Collection kembali bersiaran semula setelah beberapa lama menyepi . cewaaaah . Poyo nyer ayat . Kali ni , fiza nak update stok Egyptian Cotton terbaru setelah mendapat hit yang positif minggu lepas . Alhamdulillah , ramai berpuas hati dengan material kain Egyptian Cotton dan patternnya yang cantik dan unik . Nampak je pattern tu old fashion , tapi bila buat baju , fuhh , mantap kau ! Seriously . So , malas nak berceloteh panjang-panjang sebab sangat penat hari ini . Tak tahu kenapa rasa letih tu kuat sangat . Jom semua , kita cuci mata .

Code : EG 04
Price : RM 40

Code : EG 05
Price : RM 40

Code : EG 06
Price : RM 40

Code : EG 07
Price : RM 40

Harga hanya RM 40 SAHAJA + Free Postage . Harga asal mencecah RM 90 . Material kain : cotton , sejuk bila dipakai , absorb peluh dan tidak melekat di badan . Cantik-cantik . Seriously , fiza sendiri dah try pakai . Kawan fiza pun ada yang dah beli dan berpuas hati dengan kainnya . Cantik bila dibuat baju kurung . Berminat ? Bolehlah singgah SINI dan PM ShBC . Kemudian fiza akan beritahu maklumat lanjut :)






Terima Kasih Kerana Sudi Singgah :3

Mid Sem exam !

Nampaknya bulan Februari dah nak sampai ke penghujungnya . oh yeah , suka suka suka * lompat katak* . Tak lama lagi bulan MAC ! tak sabarnya tunggu bulan mac . Tak lama lagi genaplah umur aku 19 tahun . Nine-TEEN . Last age as a teenager . fuuhh , dah tua rupanya aku ni . Tua ke ? *angkat kening ziana zain* Umur je meningkat tapi muka sentiasa baby face . kikikiki . merepek ja fiza nih . maklumlah , sindrom mid-sem exam dah sampai kan .

Guess what , 10 mac dah start mid sem break ! oh yeah , tup tup minggu depan dah start cuti seminggu . Perasaan ? Ehem , suka duka fiza bercampur baur macam rojak campur . Dalam dilema mood cuti n mood exam sebab Mid Sem Exam LEPAS cuti ! fuhh , nampak permainannya di situ ? 
"Wahai sayang-sayangku buku fizik , buku btq dan buku maths , come to mama sayang .Kita balik rumah" 
Yeah ! nampak semangat di situ sebenarnya . Aku nak tebus balik kekecewaan semester 1 yang lepas . Semester 1 lepas aku terumbang-ambing tak reti urus masa dengan baik untuk persatuan dan study . Banyak main-main katakan . Jadi , taknak lah banana fruits two time kan bak kata adnan sempit . Nampaknya , hari-hari aku kena date dengan "sayang-sayangku" 24/7 tip top tanpa leka . kuang kuang kuang *senyum penuh makna* . Amboi fiza , "dating dating" jugak , dating dengan Allah jangan lupa . Pesanan buat semua , even korang busy mana,sibuk menelaah buku yang setebal 5 jengkal , solat jangan lupa . Solat kan penghubung kita denganNya . Jangan lupa juga berdoa memohon kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan mengingat dan menuntut ilmu . Jom sama-sama kita amalkan doa ini .

Doa dipermudahkan segala urusan 
Jadi , buat semua yang akan menghadapi exam , tak kira la exam kecil exam besar , jangan takut k . Usahalah sebaik mungkin , jaga hubungan dengan Allah dan manusia , plus jangan lupa doa serta tawakkal kepada Allah .


P/s : Penatnya minggu ni . dah start busy dengan compilation . kuiz berderet-deret dengan tutorial lagi . Stok tudung baru dah sampai . check it out di SHafiza's Bawal Collection




Terima Kasih Kerana Sudi Singgah :3

Kain LaVille de Paris

Announcement announcement ! hehe , Raya Aidilfitri bakal menjelma dalam beberapa bulan sahaja lagi . Apalah cik Fiza ni , Puasa pun belum dah terfikir raya . isy isy isy . tak patut betul . Actually saja je buat promotion . ShBC akan re-stock sabtu ni , mark on your calendar ok ! cewah . hehe . Kali ni cik Fiza nak buat promotion kain pasang , LaVille de Paris . Fuhh , nama , bukan calang-calang nama , mari jauh dari Paris tu . hehe . Kainnya sedap dipakai ,lembut macam sutera . Sesuailah untuk dipakai time raya , ataupun nak ke office ke . Nak lagi masyuk , pakai p kelas . Comfirm jadi perhatian . Cantik pattern kali ni . Hari tu cik Fiza survey , tak nampak lagi dijual di mana-mana , kut kut lah terlepas pandang . Available in 7 colours . Harganya dalam lingkungan RM 85-90 . Jom cuci mata . Ayuh!


Code : LV 1
Price : RM 90 ( ada batu)
Code : LV 2
Price : RM 90 ( ada batu)
Code : LV 3
Price : RM 90 ( ada batu)
Code : LV 4
Price : RM 85 ( tiada batu)
Code : LV 5
Price : RM 85 ( tiada batu)
Code : LV 6
Price : RM 90 ( ada batu)
Code : LV 7
Price : RM 90 ( ada batu)

Sekiranya berminat , bolehlah jenguk-jenguk page SHafiza's Bawal Collection dan PM untuk order . In Shaa Allah , minggu ni cik Fiza update tudung bawal . jemputlah singgah page cik Fiza ok ^^ .

P/s : Letih coz busy uruskan aktivit dan compilation minggu ni . Ustaz Don datang CFS IIUM PJ jumaat ni . Jemput dengar ceramah beliau "Gua ikut Enta" di masjid uia PJ


Terima Kasih Kerana Sudi Singgah :3

Egyption Cotton For SALE !

Apa khabar semua ? Sihat ? Kalau sihat , jerit SAYA kuat-kuat ok ! . Alhamdulillah , selesai sudah event yang cik fiza and the team perlu handle . Alhamdulillah , lega rasanya , dah lepas satu tanggungjawab . Lepas ni ada lagi program , takpelah...Pengalaman kan guru yang terbaik . Ooops terlepas topik pula . Kali ni cif Fiza nak buat promotion sikit .

Pernah dengar kain Egyptian Cotton ? Material dari cotton dan sejuk bila dipakai . Seriously , dalam banyak-banyak kain cotton , cik fiza suka sangat dengan Egyptian Cotton ni . Tak melekat di badan dan selesa je bila dipakai . Kainnya absorb peluh , jadi takdelah kita rasa melekit sangat bila dipakai kan ? So , kali ni cik Fiza nak buat SALE untuk kain pasang Egyptian Cotton , 4 meter just for RM 40 SAHAJA . Free postage . Menarik kan ? . Setakat ni ada 3 pattern je dalam stok . Meh kita cuci mata .

EG 03
RM 40 sahaja  ( SOLD)
EG 02
RM 40 sahaja

(Booked)
EG 01
RM 40 sahaja

(SOLD )

Murah kan ! Free postage lagi tu . Harga pasaran average RM 90 untuk 4 meter . Kalau buat baju kurung pesak , sangat cantik ! seriously , cik fiza pun ada baju kurung dari kain yang sama . Berminat ? Buka page SHafiza's Bawal Collection dan PM atau message cik Fiza di nombor yang tertera . Sertakan sekali nama , alamat , no telefon dan code kain ok ! then Cik Fiza akan bagitahu maklumat lanjut .

P/S : Alhamdulillah , rezeki yang tidak disangka-sangka


Terima Kasih Kerana Sudi Singgah :3

Ibadah Camp

Keletihan di hujung minggu . Alhamdulillah , Program Ibadah Camp untuk pelajar Biological Science dan Dentist dah habis dah . Boleh tarik nafas lega . Sememangnya memenatkan dengan jadual yang pack . Alhamdulillah , penat-penat pun still bersemangat juga join aktiviti . Fuhh , banyak input and output menarik sepanjang dua hari berlangsung .

Al-kisahnya , program ni memang wajib untuk semua student CFS IIUM before pursue degree ke main campus nanti . Mula-mula datang dengan perasaan berbelah bagi antara paksa dan rela . Cewah , macam cerita novel gitu . Seriously memang tak nak pergi , rasa nak escape je . Tapi , aku try fikir positif , lebih baik habiskan cepat . Kalau lambat nanti tak senang duduk pula . Macam-macam TALK , GROUP SESSION dilakukan . Kebanyakannya tentang leadership . IIUM want to produce a better quality of leader for the sake of ummah . Not a so-so leader but TIP TOP leader . So far so good lah , hati pun bolehlah terima dengan ikhlasnya . Group-mate pun sporting , takdelah muka kelat semacam . *ampun yer * hehe . Nasib baik dapat makanan free sepanjang program . Dapatlah jadi pengubat hati yang tersepit antara paksa-rela ni . Kan bagus dapat makanan free hari-hari , takdelah aku duk berkerut fikir pasal duit yang duk asyik surut je ni .

Bila habis je program , balik bilik , gedebushhhh terlentang tidur . Lenanya tak terkata , agak-agak kalau baling bom pun tak sedar kot . Teruknya fiza kalau tidur . haha . Jangan kata aku tak ambil lesson dari kem tu . Ada lah juga yang tarik perhatian aku especially part bisnes tu , apa lagi . Blink blink la mata aku dengan duit . Nampak sangat kan cik fiza ni mata duitan ? haha , just kidding . Ibadah Camp ni senang kata menarik dan banyak input and output berguna yang boleh kita apply dalam kehidupan . Nak merasa pengalaman ? Sign up lah untuk jadi salah seorang student CFS IIUM PJ , comfirm korang dapat rasa . hahaha . Sorry lah tak upload picture group-mate yang super duper gempak dan kenangan time ibadah camp . Sememangnya handset cik fiza ni duk keletung keletang jatuh tak habis-habis . Ganasnya hai diriku ini .



P/s : Sedang berkira-kira nak kumpul duit beli HTC . Fuhh , a long way to go
Terima Kasih Kerana Sudi Singgah :3

"Segmen : Ucapan Selamat Hari Lahir buat 'Si Gule' pada 19 Mac


Happy becoming birthday Cik "Si Gule" on this 19 March 2013 . Sama bulan dengan cik Fiza lah ! Cuma saya awal dua hari je . hehe ^^ . Moga pada umur ini "Si Gule" dan umur yang akan datang , hidup "Si Gula" sentiasa di bawah lembayung rahmatNya . 
Ni untuk "si Gule "

Rakan-rakan blogger , jom sama-sama kita wish untuk "si Gula" . Sweetnya ejulz buat segmen ni utk org yg special kan . Klik banner di atas utk join ^^

 P/s : agak-agak ada tak orang nak buat macam ni untuk cik Fiza ? waiting . hehe




Terima Kasih Kerana Sudi Singgah :3

SEGMEN : SAYA NAK 'UP'KAN FOLLOWER SAMPAI TAK LALU MAKAN


Comelnya banner segmen ni ! Jom join segmen ni ramai-ramai untuk tambah kenalan baru . Nak join ? klik banner untuk join segmen dari Hidayah Halim . Mudah sangat . saya tag Cik Lime Green




Terima Kasih Kerana Sudi Singgah :3

Stress !

Ya Allah , entah kenapa rasa down sangat kali ni . Rasa macam nak menjerit kuat-kuat dekat menara KLCC *over sangat tu* . Minggu ni dan minggu depan seriously minggu yang busy buat diriku . SANGAT BUSY . Sabtu dan ahad ada Leadership Training ( Led Train ) , Ahad malam ada meeting dan Pemilihan ayat untuk pertandingan Tarannnum Raudhah Amal Islami . Isnin malam kena handle Pertandingan Tarannum .Selasa pagi ada Tutorial Test n Kuiz Math , Rabu malam ada Study circle dan Khamis Kuiz Physics . Besar kemungkinan ada kelas ganti physics n maths minggu tu . Rasa macam nak *tengok bawah* pun ada juga .



Sabar fiza sabar . Chill , think positive . U can do it fiza ! Ada lagi yang lebih BUSY mampu je score yang terbaik . Di sebalik kesusahan terdapat kesenangan . Bukankah itu janji Allah ? Fuhh ,buat rakan-rakan semua , doakan lah diriku ini mampu menghadapi ujian yang bakal ku hadapi ini . Belajar memang pahit tetapi bila dah berjaya hilang segala kepahitan tu . In Shaa Allah , Fiza boleh ! nampaknya Perlukan stok eye collagen banyak-banyak untuk hilangkan mata panda ku .




P/s : Tak jadi jerit dekat KL tower , nanti famous pulak sampai masuk paper . haha . 



Terima Kasih Kerana Sudi Singgah :3

GIVEAWAY GOSSIP GIRL

  •   X perlu entry berjela
  •   Kopipes dan komen sahaja
  •   Tunggu tarikh pengumuman hadiah anda
  •   Hanya follow dan like AQOUSTICA ZATI

HADIAH
  • SATU NOVEL "SEMILIR CINTA"
  • 5 RIBBON BROOCHES
  • 5 HEART BOOKMARK CORNER + 10 STICK BOOKMARK
  • 20 LAMINATED BLOGGER BOOKMARK
  • 9 LOLLIPOP ICE CREAM

Terima Kasih Kerana Sudi Singgah :3

i am a cake lover !





Fuhh , menggoda iman betul tengok gambar-gambar kek ni . Kecur air liur tengok gambar-gambar ni time facebook-ing . Kejamnya sape yang post gambar ni ! huhu . SAYA SUKA KEK . tapi , tak boleh makan selalu . kenapa ? Sebab , kita kena kurangkan pengambilan gula dalam makanan . Nampak cantik tapi sebenarnya beracun . Cewaaah , ayat bukan main . Terlalu banyak gula boleh sebabkan diabetes . Bukankah prevent is better then cure . So , bukan tak boleh makan , just kurangkan k . Nanti kita dapat diabetes awal-awal di usia yang muda ni , sape yang susah ? Kita jugak kan ? 

P/s : Usia dah nak masuk 19 dah tak lama lagi , i wish ada orang hadiahkan kek coklat cheese . *wink wink * Ade ke yang nak hadiahkan ? hehe .


Terima Kasih Kerana Sudi Singgah :3

Promotion Tudung Bawal 1

A few days ago , cik Fiza baru je launch kan SHafiza's Bawal Collection . Actually , sekadar menjana pendapatan sampingan je sebenarnya . Baru je mula dalam bidang ni . Jadi nak minta jasa baik rakan-rakan blogger untuk like page ShBC  yer . In Shaa Allah , banyak design baru akan di update tak lama lagi . Alhamdulillah , setakat ni berjalan lancar . Cantik-cantik warnanya kali ni . Nak tengok pattern tudung bawal apa yang ada ? bolehla jenguk-jenguk ke page ShBC yer . Harganya pun berpatutan dan kualitinya memang tiptop . Ada juga cik Fiza tengok design yang sama macam apa yang cik Fiza jual , tapi kain dia rasa lain . Tapi , lain orang lain cita rasa kan ? 

So , kali ni nak promotion lah sikit beberapa design tudung bawal simple je . Sesuai la untuk student yang nak ke kelas ke , jalan-jalan ke , bercuti ke and so on . Senang kata sesuai lah untuk semua peringkat umur . hehe . Kali ni , stok baru Tudung Bawal Bidang 45 sulam batu bunga kelapa dekat kepala dan juga sulam batu biasa . Nampak sama tapi lain . haha

Sulam Batu Bunga Kelapa
RM 25 sahaja *tak termasuk pos*
Sulam Batu Bunga Kelapa
RM 25 sahaja *tak termasuk pos*
Sulam Batu
RM 20 sahaja *tak termasuk pos*
Sulam Batu
RM 20 sahaja *tak termasuk pos*


Berminat ? Boleh lah PM cik fiza di page ShBC yer dan sertakan sekali nama , alamat , kod tudung dan juga no telefon tak pun just text di nombor yang tertera dekat page ShBC . Kemudian Cik fiza akan bagitahu maklumat lanjut . In Shaa Allah , kualiti dijamin dan harganya juga berpatutan . Support bisnes cik Fiza yer . Terima kasih semua ^^


Terima Kasih Kerana Sudi Singgah :3

Random Giveaway by LS


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
  • Mestilah warganegara Malaysia sahaja. 
  • Jantina : Lelaki / Perempuan. Pondan? Tak layak XD
  • WAJIB ada blog.


CARA-CARA MENYERTAI GIVEAWAY
  • WAJIB follow blog penganjur. *utk tahu segala perkembangan GiveAway
  •  *Info terkini akan di updated di sini.
  • Buat satu Entry bertajuk Random Giveaway by LS
  • TAG sekurang-kurangnya 2 Blogger dan pastikan mereka tahu.
  • Letak banner, dan hantarkan link entry anda dibawah. SIAP! :)
  • Giveaway akan terbatal jika kurang 50 penyertaan.
 Simple kan? Apa lagi , jom lah kita join ramai-ramai . *p/s : i hope i get that super duper botol air yang comel .^^ * Aku tag : Cik Lime Green | Fairuz | Tiz Zack


Terima Kasih Kerana Sudi Singgah :3

Segmen :Jom Masuk Bloglist & Review Blog by Cik Aishah


Recently , aku rajin la pulak join segmen . Almaklumla , kita ni dengar nasihat orang yg lagi berpengalaman dalam arena blog dan ternyata berhasil plus menyeronokkan . Moh ler kita join segmen ni ramai-ramai yer ! TRY IT just by clicking here >>>> Segmen : Jom Masuk Bloglist & Review Blog by Cik Aishah


Terima Kasih Kerana Sudi Singgah :3

SHafiza's Bawal Collection

This time Cik Fiza nak buat promosi . Anyone berminat dengan tudung bawal ? Tudung bawal tak luput ditelan zaman . cewaaah . Actually , aku ada launch satu page fesbuk yang diberi nama SHafiza's Bawal Collection (ShBC) . Klik link ni to visit ok! Baru sahaja buat page ni . Sambil belajar sambil buat income actually sementara tunggu dapat elaun yang umpama tunggu buah durian tak jatuh- jatuh ni kan . Jom kita cuci mata sikit . jadi , untuk memudahkan semua , aku upload la skali yer dalam blog buat permulaan ni . Nak luaskan jalur lebar . ^^

Jadi , apa yang ShBC sediakan sebenarnya? ShBC provides you newest fresh design and colours of tudung bawal . Bawal gred 1 punya . tip top kualitinya . Seriously , kebanyakan orang repeat order sebelum mula launch page kat fb . Sebelum ni berniaga by  hand saja . My mom sold it to her cliques , and my aunt too . So , ramai customer puas hati . So , cik fiza tengah rajin ni . apa kata jom kita cuci mata ^^


Tudung Bawal bidang 45 Sulam Tepi + manik Batu

Price : RM 25 only 
*postage not included* 



Code : A 01
Code : A 02
Code : A 03
Code : A 04
Code : A 05
Code : A 06
Code : A 07
Code : A 08
Code : A 09
Code : A 10


Well ? intrested ? Sekiranya berminat , boleh click link SHafiza's Bawal Collection dan like page itu yer . PM ShBC dan sertakan sekali , nama , alamat , no telefon dan code tudung . Satu design satu sahaja . Siapa cepat dia yang dapat . Just 25 ringgit sahaja . harga yang anda takkan dpt di mana-mana . Sekiranya anda sedang study di CFS IIUM Petaling Jaya , postage adalah percuma dan akan dihantar terus kepada anda .
  







Terima Kasih Kerana Sudi Singgah :3

Dr.Maurice Bucaille

Rindunya blog ni . Lama aku tak update blog actually . Since when ek ? rasanya beberapa hari sebelum aku kembali ke CFS sampailah cuti raya cina ni . Biasalah , orang busy katakan . *cewah , perasan sekejap* . Bukan apa , masa tak mengizinkan dek kekangan masa study , masa meeting , masa revision , kelas malam lagi . Jadi , tak berpeluang sangat untuk membelek blok . Well , here i'm back ! jangan sedih-sedih lagi yer . hehe .

Kali ni Cik Fiza nak bercerita sedikit tentang Dr.Maurice Bucaille . Kenal tak siapa beliau ? Rasanya mesti ada yang pernah dengar dan tahu tentang beliau kan ? Jujur aku cakap , aku tak pernah dengar nama tokoh ni until the day when i was in BTQ class . Some of my friends make a presentation about hidayah (guidance) and they pick Dr.Maurice Bucaile as an example . So , kepada sesiapa yang tak pernah dengar ataupun tertanya-tanya siapakah beliau ini marilah kita sama-sama ambil ibrah tentang kisah hidup beliau dan bagaimana beliau mendapat hidayah Allah . 


Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi. Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.

Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut?

Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.

Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale
De Medicine, Perancis.

Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru.

Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!

Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembanganteknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.


Kisah Firaun dalam al-Quran

Hakikatnya Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnyadiselamatkan.

Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya.

Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu.

Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Padahal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan.” bicara hatinya sendirian.

Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun.

Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjayamenyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15)

Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu.

Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.


Cahaya Keimanan Terpancar

Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tenteradi belakang mereka.

Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:

Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu (Firaun) supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami." (Surah Yunus: 92)

Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.

Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata:
 “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.”

Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran.

Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.

Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya.

“Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran.

“Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya.

Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah.

***********************************************

Begitulah kisahnya . Ni aku copy lekat je . kalau nak tahu maklumat lebih lanjut kenapa beliau masuk islam , rajinkanlah diri anda meng-klik ini >>>> Dr Maurice Bucaile : Why I embraced Islam

Ibrahnya di sini , Hidayah itu milik Allah . Allah berkuasa memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakinya . Kadang-kadang , orang yang kita tak sangka tu yang mendapat hidayah daripadaNya even dia jahat sekalipun. Kita sebagai manusia , tak layak judge seseorang itu kerana pengetahuan kita terbatas . Kita hanya dapat melihat luarannya dengan mata kasar , bukan dalamannya . Jadi , untuk mendapatkan hidayahNya , kita perlu berdoa . Jangan putuskan link kita dengan Allah , sentiasa connect dengannya . Seboleh-bolehnya kita kuatkan link kita dengan Allah . Kenapa ? sebab link dengan manusia sometimes terputus , tetapi hanya link kepadaNya sahaja yang kekal abadi . Jadi , ayuhlah kita berdoa agar diri kita sentiasa dekat dengan rahmat dan hidayahNya . Biarlah kita sentiasa berada di jalan yang lurus .  




Terima Kasih Kerana Sudi Singgah :3

SEGMEN TINGKATKAN FOLLOWERS & TRAFIK BLOG


Just passed by this segment from a blog while blogwalking . hari ni cik fyza ni terasa rajin nak ber-blogwalking pula . almaklumla , kita ni tengah cuti . kalau dah balik cfs nanti , sah-sah busy sentiasa . Time free ni la kita kena rajin "berjalan" . Simple tanpa perlu step yang rumit . Just tampal bagi lekat kuat-kuat dekat post . Guna gam gajah pun boleh . haha . Berminat ? Jom kita terjah link ni ok >>>>>>>>>>>>>>>http://www.fatinalyaa.com/2013/02/segmen-tingkatkan-followers-trafik-blog.html  

Terima Kasih Kerana Sudi Singgah :3

Segmen : Jom Tambah Follower Sebanyak yang Mampu

Photobucket

Hari ni , saje saje blogwalking dan terjumpa segmen ni dalam blog sister Nadia Farhana . Then teringat pula tips-tips dari Cik azwa pasal tambah follower . dalam hati terdetik ,
Wah! macam best lah . Nak try lah macam ni 
Biasalah , kita ni baru lagi dalam dunia blogging . Kata orang , berkawan biar seribu , kahwin biar satu . Eh? betul ke ni . Apa-apa ajelah . Apa lagi , jom kita tambah kenalan ^.^ .

Kepada Cik Tiqa zaki jom la kita join!! haha

Terima Kasih Kerana Sudi Singgah :3