Photobucket Photobucket Photobucket

Simple Homemade Twister


Today's entry , i want to share a simple menu for breakfast . Simple but healthy . Sekali sekala , ubah selera apa salahnya ye tak . Balik-balik nasi goreng , mee goreng , kuey teow goreng *alamak ,lapar pulak* . Apa lagi , kita tukar selera western pulak . I accidentally  found this recipe yesterday during my blog-walking . It was inspired from Crispy Roti Poket . 

Nak dijadikan cerita , entah kenapa mood memasak tak ada pulak hari ni gara-gara demam dan penyakit "M" . M stands for Malas . Tapi digagahkan juga , memandangkan adik aku balik sekolah kebangsaan tengah hari nanti . Of coz lah dia lapar kan . Ku gagahkan juga semangat untu ke dapur . *cewaah* . Baikkan aku ? *muka comel* . Godek punya la godek , selongkar punya selongkar peti ais . last2 jumpa la daging burger , salad , lobak dan roti Mission Wrap .

" Mission wrap ? apakah ? Misi bungkus ke ? "

Ni la roti Mission Wrap . Macam2 perisa ada . 
 Wah ! ini sudah bagus . Apa lagi , aku pun mula lah buat projek di dapur . Jom , kita check it out resepinya ok ! its worth to try .




A simple Homemade Twister
Inspired by : After 6 am
By : Cik Fyza

Bahan-bahan :

1bungkus Mission Wraps (any flavour)
4 keping daging burger Ramly (nak ganti dgn sosej / oblong pun boleh)
1 1/2 batang lobak merah (dihiris nipis macam batang mancis)
beberapa kelopak salad (dihiris nipis)
2 biji cili merah(dihiris nipis)
1 biji bawang besar (Dihiris nipis)
3 sudu besar mayonis (ikut citarasa masing-masing)
1sudu besar sos lada hitam ( ikut citarasa masing-masing)
1 sudu besar Thousand Islang *optional*
garam secukup rasa 

Cara-cara :

  1. Ambil sekeping wraps dan letak atas non-sticky pan . Grill kejap around 1 minit tanpa minyak *jangan keras sangat , nanti susah nak balut*
  2. Untuk inti , goreng daging burger tanpa minyak sampai masak , then sejukkan . Hiris nipis nipis dan masukkan dalam mangkuk . * aku guna gunting ja senang*
  3. Masukkan hirisan bawang besar , lobak merah dan cili ke dalam mangkuk berisi daging . Then , masukkan mayonis , sos lada hitam dan thousand island . Perasakan dengan garam ikut citarasa masing-masing dan gaul rata . 
  4. Letak beberapa sudu atas roti wraps than gulungkannya . Boleh dipotong dua jika mahu . 

Mudah bukan ? kebanyakan makanan western ni penyediaan dia sekejap je . Fast and furious , kikikiki . Bolehlah masuk dalam list sarapan masing-masing . Lets practice a healthy lifestyle . Bukan apa , takut tengok ramai orang sakit sampaikan hospital penuh tak cukup katil . Kenapa pulak macam tu ? Dah ramai yang sakit , memanglah hospital penuh kan . Kadang-kadang kita terlalu leka sampaikan kesihatan tubuh badan tak dijaga . Sebut pasal kesihatan ni , aku ada tazkirah sikit . Tadi kita dah cakap pasal makanan fizikal . Sekarang kita hadamkan makanan rohani pula ok ! 2 in 1 , free of charge . Kat kedai burger Abang Burn pun tak dapat macam ni tau .

Dalam sebuah hadis riwayat Imam Bukhari daripada Ibn Abbas r.a , katanya , Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : " ada dua nikmat yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia iaitu kesihatan dan masa lapang ."
Ingat tak lagu Ingat Lima Perkara ? Salah satunya " Sihat sebelum Sakit " . Seronokkan bila kita sihat . Macam-macam boleh kita buat . Aktif gerak sana sini , kerja sana kerja sini , borak sana borak sini dan yang sewaktu dengannya . Tapi , kalau sakit macam mana pula ? mesti kita rasa susah sangat nak buat kerja kan?Memang fitrah semulajadi manusia , bila dah sakit baru mula hargai erti kesihatan . Analoginya macam bila dah miskin baru nak hargai duit syiling 10 sen , kalau tak , jangan harap nak pandang duit syiling 10 sen.

Jadi , sementara kita masih dikurniakan kesihatan yang baik ni , jagalah sebaik mungkin ok .! Tubuh kita ni pinjaman Allah , bila-bila je Allah boleh tarik balik kesihatan kita . Sedangkan lidah melecur sikit pun kita dah mengeluh apatah lagi bila Allah tarik balik function yang lain ? betul tak?

Well , cukuplah sekadar perkongsian ini . Moga bermanfaat . Dalam kita seronok suka kadang-kadang ada yang terleka . Jadikanlah ini sebagai reminder kita bersama . Dalam kita sibuk mencari makanan fizikal , makanan rohani juga perlu dijaga . Untill next time ! terima kasih kerana sudi membaca .






Terima Kasih Kerana Sudi Singgah :3

Awak Kawan Saya Juga ;)

Terharu dan gembira tak terkata bila baca post cik Fairuz kita semalam . She made an entry about me . Want to know what she wrote about ? Fell free to visit  Fairuz's blog . Ok , kali ini i'll make a reply version about her . Jeng Jeng Jeng , check it out .

Empunya diri dipanggil Fairuz . Nickname dia pernah aku nampak tertampal di dinding bilik dia , tapi lupa pulak apa . kikikiki . Comellah tapi nickname tu , sesuai dengan orangnya . Kami satu group sewaktu belajar di CFS IIUM dan mula berkenalan di situ . Guess what , tak sangka rupa-rupanya dia sekumpulan dgn sepupu dia , Syahirah . Bukan saja sekumpulan malah satu bilik . UNTUNGNYA! *nada jeles* . Orangnya diam-diam ubi berisi tau . Guess what , she was graduated from SMKA NAIM LIL BANAT . Sekolah hebat tu . Nampak je diam , tapi ... isy isy isy , aku seorang je yang tahu . *senyum penuh makna* Aku suka menyakat dia , kesian dia jadi mangsa aku . Tapi , bila aku ada masalah , dia sanggup jadi pendengar setia . Baiknya hati dia .

Pernah suatu ketika , time tu English Day . Guess what , ALLY ISKANDAR datang CFS tau . Jangan jelez yer . He came as a judge for video competition . Kita orang punya lah duduk kat tepi tangga semata-mata tunggu Ally Iskandar datang dengan harapan dia lalu kat tangga yang kita orang duduk . Tapi , hampanya , tak lalu pun then kita orang pun beransur la p kelas . Kelakar sangat time tu kan Fairuz . Memang time tu dia kena sakat la dengan aku . Apa yang aku sakat dia? Rahsia...shhhhhhhh 

Kami Kembar Tudung . hehe

Dua tiga kucing berlari , Manakan sama si kucing belang , Dua tiga boleh ku cari , Manakan sama cik Fairuz seorang . 

Well , tu la serba sedikit boleh aku cerita tentang dia . Kalau nak tau lebih lanjut , tanyalah tuan empunya badan sendiri yer . Moga kita sama-sama berjaya capai cita-cita kita dan menjadi sahabat sampai bila-bila . Ku sayang mu kerana Allah wahai sahabat .
Terima Kasih Kerana Sudi Singgah :3

Leave it to HIM

Hari ni tak putus-putus junior a.k.a adik-adikku bertanyakan pendapat aku . Rasa terharu pulak bila ditanya sedemikian . Nak nangis pun ada juga *melebih tu* . Alhamdulillah , terima kasih adik-adik sebab sudi bertanya kat akak ni . Well , guess what , actually aplikasi kemasukan murid lepasan SPM a.k.a UPU dah pun dibuka .

sila terjah halaman ini yer http://upu.mohe.gov.my
Korang boleh terjah laman web UPU tu . Seperti biasa , aku pun pernah berada dalam situasi yang sama . Kadang-kadang situasi ni merumitkan bila kita stuck antara pilihan sendiri dan pilihan ibu bapa . *cewah , macam cakap soal jodoh pula* . Well , actually benda ni bukan suatu masalah yang besar sangat . Kita kena cari jalan penyelesaiannya juga .

Setiap ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak-anaknya betul tak ? Dan dalam masa yang sama , kita pun ada juga apa yang kita impikan or  in other word cita-cita kita sendiri . Bila cita-cita kita bercanggah dengan apa yang ibu bapa kita impikan , of coz la kita dalam dilema . Frankly speaking adik-adik sekalian , bila ibu bapa restui pilihan kita , In Shaa Allah , jalan kita menuntut ilmu itu senang . Ibu bapa merupakan backbone utama kita sebenarnya other than kawan - kawan kita . 

Firstly ,why not duduk semeja , bincang baik-baik dengan parents kita . Listkan pro dan cons dan raih persetujuan bersama . Parents kita sayang kita , mereka hanya mahukan apa yang terbaik untuk diri kita . Secondly , Istikharah tu penting adik-adik sekalian . Istikharah bukan je kita lakukan untuk mencari jodoh , tapi juga dalam membuat sesuatu keputusan , mencari petunjuk malah sekecil-kecil keputusan juga . Istikharah memerlukan mujahadah . Tanpa usaha , doa dan tawakkal tak berguna juga . 
" Aku dah solat istikharah dan doa semua . Kenapa aku tak dapat mimpi lagi . Stress! "
Petunjuk yang Allah beri bukan sekadar dalam mimpi je sayang-sayangku sekalian . Jika kita merasakan hati kita tenang  dalam membuat sesuatu keputusan , This is the answer too . Allah Maha Mendengar rintihan hambaNya . Allah sentiasa online 24 jam non stop . Onlinelah dengannya , Call lah Allah pada nombor 24434 , mengadulah padanya . Talian sentiasa ada .
" Firman Allah : Berdoalah kepada Ku , Nescaya Aku makbulkan "
Simple kan caranya,tak perlu pening-pening . Dont make a simple thing become complicated.

"Ya Allah! sesungguhnya aku beristikharah kepada-Mu dengan ilmu-Mu, dan aku memohon kuasa dengan kuasa-Mu, dan aku memohon kepada-Mu daripada limpahan-Mu yang agung. maka sesungguhnya Engkau yang berkuasa dan bukan aku yang berkuasa, Engkau yang Maha Mengetahui dan bukannya aku, dan Engkaulah yang mengetahui alam ghaib. Ya Allah! jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku, maka takdirkanlah ia bagiku serta permudahkanlah dan berkatilah ia bagiku. jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah buruk bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku, maka palingkanlah ia dariku serta takdirkanlah kebaikan bagiku dan redailah ia bagiku "
Sekadar ini sahaja perkongsian dari aku . Ehem , jika bertanya kenapa aku tak nak ambil medik dan beralih ke bidang bioperubatan untuk menjadi pensyarah , semuanya hasil daripada restu keluarga dan petunjuk Allah . Hatiku tenang bila memilih jalan ini dan yakin kepadanya . Biarlah orang kata , masa depan aku susah sebab peluang kerjaya terhad , tapi kalau kita sandarkan sesuatu kepadaNya , bukankah menjadi senang ? Allah beri apa yang kita perlukan bukan apa yang kita nak . He knows the best . Dan kini aku bahagia berada di CFS IIUM even aku tak terpilih belajar ke luar negara . Kenapa ? Allah lebih mengetahui . Kalau ada apa-apa ,jangan segan silu bertanya . Malu bertanya sesat jalan tau . Sekian sahaja celotehku hari ni . Moga bermanfaat

Terima Kasih Kerana Sudi Singgah :3

My new addiction

" Aii senangnya dalam hati , kalau beristeri dua , Ohh seperti dunia , Ana yang punya ........... " 

Oh , Girangnya hati ini . Seperti dunia , aku yang punya . la la la la . Hari ni I've found my new addiction a.k.a my new hobby .

" Amboi , addiction . Macam tak ada perkataan yang baik sikit ke nak letak . "
Sejak meningkat usia ni kan *cewah* hobi aku kerap kali bertukar . Namun , antara semua hobi , dua je yang kekal dan sentiasa mendapat tempat di hatiku . Apakah? Of course lah membaca dan shopping . Dua tu je la yang melekat kat hati ku ini . Nampaknya kedudukan mereka tergugat , aku dah ada lagi satu hobi iaitu melukis doodle . Ni gara-gara aku duk sibuk usha doodle segala bagai dan membuatkan aku tertarik . Nampak cute sangat . Gara-gara sifat inkuiri aku ni yang cukup kuat kan , aku pun search lah tutorial lukis doodle , berkunjung dari blog ke blog untuk dapatkan info . Semangat kan aku ? haha , biasa lettew , normal bagi insan yang bernama Siti Nurhafizah . Last last , godek punya godek , selongkar punya selongkar , aku pun berjayalah hasilkan satu doodle .Wow , seronok tak terkata ah . Macam budak-budak dapat aiskrim , macam tu lah aku kot . Kepuasannya tak terkata bila kita usahakan sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan kita dapat lihat hasilnya .Ok , tak nak cakap panjang-panjang . Zasssss , jom kita lihat doodle aku yang tak seberapa ni . Almaklumla , amatur lagi . Jangan gelakkan pulak k . *muka garang*



1st trial
2nd Trial
3rd Trial

4th Trial

5th Trial

6th Trial

Last Trial for today 



Apa macam ? Alhamdulillah , puas rasanya hati ini dan tak mampu diucapkan dengan kata-kata . Pepatah Arab ada menyebut *cewah*
" Sesiapa yang berusaha pasti akan berjaya , Sesiapa yang menanam pasti akan dapat hasilnya"
Well , usaha tangga kejayaan . Begitu juga kehidupan di dunia , kalau kita tak berusaha mencari dan mengumpul pahala buat bekalan di akhirat nanti , macam mana kita nak berjaya merentas titian sirat nanti . Betul tak ? Tepuk dada tanya iman k . Tanya sama iman ,apa sebab goyah ..........lalalalla sambung sendiri liriknya ok .

" Iman , Iman , kau dah cukup kuat segala cabaran di dunia ? "
 Sekian sahaja coretan daripada aku . Bukan apa , kita kadang-kadang terlupa , jadi tak salah jika kita sama-sama mengingatkan diri atau rakan ke arah kebaikan ye tak ? Sama-sama kita update diri kita !
Terima Kasih Kerana Sudi Singgah :3

RaFest CFS IIUM 2013


Raudhah Festival a.k.a RaFest merupakan aktiviti tahunan CFS IIUM Petaling Jaya . Surely kalian tertanya-tanya kan apa itu RaFest . Sebenarnya RaFest ni lebih kurang macam Jom Heboh . Tau tak Jom Heboh tu apa? Curious kalau korang tak tau ni . Actually , aktiviti ni menganjurkan kita berhibur mengikut cara Islam . Islam is the way of Life right ? So , ni salah satu cara untuk kita berhibur . Siapa kata Islam melarang penganutnya berhibur ? Bukan melarang , cuma biarlah bertepatan dengan syariat dan tatacara yang dah digariskan oleh agama kita . Betul tak ? 

Officially RaFest start 21 Februari 2013 . Apa lagi ? Pakat mai ramai-ramai ke CFS IIUM PJ untuk memeriahkan lagi annual programme ni .In Shaa Allah menarik da pelbagai aktiviti akan diadakan bersempena dengan RaFest . 

 "Eh , apa aktivitinya? Tak cakap pun "  
Haaaa , ni yang selalu orang duk mai tanya kat cek ni . Penat cek terangkan satu per satu . Apa kata korang semua visit je blog RaFest 13 bagi menjawab pertanyaan anda dan merungkaikan kemusykilan anda . Atau , bagi sesiapa yang ada twitter , just hashtag #RAFEST13 for more info . Mudah bukan ? Sekarang ni maklumat di hujung jari ja . Tak perlu susah susah p UIA PJ semata-mata nak dapatkan maklumat pasal RaFest ye tak . Jadi , apa lagi , pakat mai ramai2 memeriahkan aktiviti ini yer .

Sebenarnya saja ringan tangan duk menolong kawan mem-promote- *aku dah rosakkan bahasa* RaFest ni memandangkan dia ni biro promotion kan Tiz Zack . haha , baikkan aku ? *poyo seketika* . Bukan apa , memang dalam Islam , kita dituntut untuk membantu sesama lain . Bukankah Allah s.w.t telah berfirman di dalam KalamNya :

"Dan tolong-menolong engkau semua atas kebaikan dan ketaqwaan (Surah Al-Maidah : 2) "
Betul tak ? Tolong menolong amalan mulia . Akhir kata , Marilah kita sama2 memeriahkan program ini yer .
Terima Kasih Kerana Sudi Singgah :3

My Homemade Ayam Goreng Berempah

Apa macam ? Ada style tak ? haha . Well , kali ni aku nak berkongsi ilmu dengan anda semua . Bukankah sharing is caring ? Sebenarnya , bila kita memperoleh sesuatu ilmu , kita patut kongsi bersama . Tak elok simpan seorang diri . Bila kita berkongsi ilmu dengan orang lain kita dapat 2 in 1 . Apa yang 2 in 1 nya ? Kita   akan lebih faham dan dapat pahala memberi . Bak kata pepatah omputeh " Kill Two Birds with One Stone " atau dalam Bahasa Melayunya , " Sambil Menyelam Minum Air " . Wah! tambah koleksi idiom baru yer adik-adik sekalian . Ini sebenarnya salah satu cara kita belajar dan lebih berkesan . Trust me . Ooops , lari topik pula . Aku ni kalau dah berceloteh ,payah nak berhenti . Nanti jauh terlajak ke topik lain pula . 
Resepi yang bakal aku kongsikan ni In Shaa Allah sedap . Banyak kali trial dan error yang telah dibuat . Resepi Ayam goreng Berempah ni aku modified sikit daripada pemilik asal resepi ni . Feel free to check at Dari Dapur MadihaA . So , ambil pen dan kertas ye rakan-rakan . Catat jangan tak catat . Ilmu kalau kita tak catat , lama-lama akan hilang . So , kelas memasak bersama chef Fiza bermula . :3

Abaikan yang atas :3

Ayam Goreng Berempah Wangi & Berserdak
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna
Diolah : Siti Nurhafizah 
Bahan2 

  • 1ekor ayam saiz besar
  • 1 sudu besar Gula 
  •  Garam (secukup rasa)
  • Minyak masak secukupnya
  • Penapis gorengan berdawai halus
  • 1 cawan Tepung goreng ayam (jenama apa2pun)
  • 3 Sudu Besar Serbuk Kari Daging
  • 4 Tangkai daun kari ( terpulang)
Bahan2 kisar
  • 1 biji bawang besar
  • 7-8 ulas bawang putih
  • 1 ½ - 2 inci lengkuas ~ potong kecik2 (aku hiris ja dalam 2-3 hiris) 
  • 1 ½ - 2 inci halia ~ Hiris 
  • 8 batang serai ~ ambil bahagian pangkal saja lebih kurang 1 jengkal/6 inci.. bersihkan & potong2 1 inci (maknanya dptlah 6 potongan bg setiap batang serai 
  • 1 inci kunyit hidup (boleh ganti 1 sudu kecik serbuk kunyit) 
  • 2 sudu besar rempah ketumbar biji
  • ½ sudu besar rempah jintan manis biji
  • ½ sudu kecil rempah jintan putih biji (aku tak letak)
Cara2 menyediakan.  
  • 1. Ayam dipotong beberapa bahagian & cuci bersih & tos.
  • 2. Bahan2 kisar di atas. guna pengisar basah tapi jangan guna air terlalu byk sbb bahan perap ni lebih elok kita tak campur air sebab air yang keluar dari bawang pun dah memadai. (boleh juga guna Pengisar kering)
  • 3.Tuang bahan kisar tadi ke dalam bekas berisi ayam . Masukkan serbuk kari daging , tepung goreng ayam dan daun kari.Masukkan gula dan garam secukup rasa bergantung kepada selera masing-masing .Gaul sebati.Perapkan ayam selama 30 minit hingga satu jam (minimum).Lebih elok semalaman 
  • 4. Panaskan minyak & masukkan ayam satu persatu sekali dengan rempah yang dikisar tadi. Gunakan api yang sederhana. Sesekali rempah2 yang timbul dikacau2 sikit. Bahagian bawah ayam tu sekali sekala dikarih2 sikit supaya ia tak berkerak. Tapi jangan dibalikkan selagi ia belum garing. Biarkan garing di sebelah kemudian barulah dibalikkan. Bila dah garing bolehlah diangkat & toskan. Lepas tu.. gunakan penapis berjaring halus tadi & sauk/kaup kan serdak2 yang dah garing dalam kuali tadi & toskan juga. (kalau boleh tos dalam penapis lain ye). Sauk kesemua serdak sehingga habis dengan mengorek2 atau mengarih2 sikit dasar kuali
  • 5. Sambung menggoreng lagi ayam & masukkan semua rempah2 yang dikisar tadi untuk mendapatkan / menghasilkan serdak yang lebih banyak. 
  • 6. Hidangkan ayam di dalam pinggan hidangan & taburkan serdak yang telah ditoskan.  Ayam Goreng Berempah Wangi & Berserdak ini sedap dihidang bersama nasi lemak, nasi putih atau nasi berperisa yang lain
Dan siap ! Mudah bukan? Alhamdulillah , sekarang lauk ni menjadi kegemaran keluarga dan jarang dah beli ayam goreng berempah dekat pasar malam lagi . Dekat sini aku nak kongsi sebuah hadith :
“Jika  seorang manusia meninggal dunia, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariyah,   atau ilmu yang bermanfaat, atau anak soleh yang mendoakannya.”
[HR Muslim (1631)]
Hadith ni mesti ramai yang familiar kan ? Berdasarkan apa yang aku tahu , Ilmu yang bermanfaat tak semestinya  ilmu akademik dan ilmu agama sahaja . Ilmu-ilmu lain seperti tips-tips menjahit , memasak , berkebun or even sekecil-kecil ilmu mcm ajar menulis  juga dikategorikan ilmu yang bermanfaat . Jadi , apa lagi , mari kita semai ladang pahala kita dengan menabur biji benih amal kebajikan sebanyak mungkin agar kelak kita dapat menuai hasil tanaman kita di padang Mahsyar . In Shaa Allah



Terima Kasih Kerana Sudi Singgah :3

Untungnya wahai Hawa . Kenapa?

Sumber : Inche Google


Comelkan baby ni ? Senyuman bayi mampu mencairkan hati sesiapa yang melihatnya . Kenapa? Sebab , senyuman bayi tu ikhlas . Dia tak lokek or in other word kedekut  beri senyuman even kepada orang yang tak dikenalinya . Alalalalala , mata aku sendiri pun tak lepas daripada melihat baby ni tersenyum . Anda bagaimana ? *urut dagu*
Well , ini entry terbaru aku setelah 7 hari tahun baru berlalu memandangkan mood rajin aku tiba-tiba menjelma . Baguskan aku ni ? haha *poyo seketika* . Ok , kali ni aku nak bagitahu kalian wahai kaum HAWA di luar sana bahawa anda semua sebenarnya beruntung . Sangat beruntung .
"Apa hal pulak tiba-tiba fiza cakap kita ni beruntung?"Rileks , nak jawablah ni . Kita ni beruntung sebab Allah kurniakan kita RAHIM . Namun , ada sesetengah golongan wanita tak bersyukur memiliki rahim bahkan sanggup habiskan duit beribu-ribu semata-mata nak buang rahim . Nauzubillah .  So , hari ni aku nak beri sedikit perkongsian la mengenai SEBAB WANITA BERUNTUNG MEMILIKI RAHIM . Kelebihan ini hanya ada pada wanita sahaja , lelaki tiada . Harap maklum . jeng jeng jeng ......
Wahai wanita , anda sangat beruntung kerana :
  •  Anda bekerja dengan Allah untuk jadi ‘kilang’ manusia. Tiap-tiap bulan anda diberi cuti bergaji penuh. 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap di waktu itu sembahyang terbaik darinya. 
  •  Jika bekerja , anda akan memperoleh cuti bersalin sehingga 60 hari. Cuti ini bukan sekadar cuti bekerja berehat sesuka hati tapi, cuti ini juga merupaka hadiah daripada Allah kerana anda bekerja dengan Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang. Sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.
  • Bukan itu sahaja , sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya.Lahir saja bayi, seluruh dosanya diampunkan. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita tu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga. Subhanallah , banyaknya bonus yang Allah beri kepada kita ni .
  • Untuk peringatan semua wanita yang bersuami , seluruh kebaikan suaminya,  isteri juga dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tidak tanggung. 
  •  Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala tambahan yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat, dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala tambahan ini. Ingat tu wahai isteri . 
  •  Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah . Segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung di tambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.
Banyakkan bonus yang kita dapat ? Jadi , kenapa perlu mengeluh menjadi seorang wanita . Kita juga dapat banyak kelebihan daripada Allah berbanding lelaki . Jangan kita sia-siakan nikmat yang Allah beri . Peliharalah diri kita sebaiknya yer wahai wanita sekalian . Bear it in mind , behind every succeeded man , there is a woman standing by his side.


Terima Kasih Kerana Sudi Singgah :3