Photobucket Photobucket Photobucket

Untungnya wahai Hawa . Kenapa?

Sumber : Inche Google


Comelkan baby ni ? Senyuman bayi mampu mencairkan hati sesiapa yang melihatnya . Kenapa? Sebab , senyuman bayi tu ikhlas . Dia tak lokek or in other word kedekut  beri senyuman even kepada orang yang tak dikenalinya . Alalalalala , mata aku sendiri pun tak lepas daripada melihat baby ni tersenyum . Anda bagaimana ? *urut dagu*
Well , ini entry terbaru aku setelah 7 hari tahun baru berlalu memandangkan mood rajin aku tiba-tiba menjelma . Baguskan aku ni ? haha *poyo seketika* . Ok , kali ni aku nak bagitahu kalian wahai kaum HAWA di luar sana bahawa anda semua sebenarnya beruntung . Sangat beruntung .
"Apa hal pulak tiba-tiba fiza cakap kita ni beruntung?"Rileks , nak jawablah ni . Kita ni beruntung sebab Allah kurniakan kita RAHIM . Namun , ada sesetengah golongan wanita tak bersyukur memiliki rahim bahkan sanggup habiskan duit beribu-ribu semata-mata nak buang rahim . Nauzubillah .  So , hari ni aku nak beri sedikit perkongsian la mengenai SEBAB WANITA BERUNTUNG MEMILIKI RAHIM . Kelebihan ini hanya ada pada wanita sahaja , lelaki tiada . Harap maklum . jeng jeng jeng ......
Wahai wanita , anda sangat beruntung kerana :
  •  Anda bekerja dengan Allah untuk jadi ‘kilang’ manusia. Tiap-tiap bulan anda diberi cuti bergaji penuh. 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap di waktu itu sembahyang terbaik darinya. 
  •  Jika bekerja , anda akan memperoleh cuti bersalin sehingga 60 hari. Cuti ini bukan sekadar cuti bekerja berehat sesuka hati tapi, cuti ini juga merupaka hadiah daripada Allah kerana anda bekerja dengan Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang. Sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.
  • Bukan itu sahaja , sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya.Lahir saja bayi, seluruh dosanya diampunkan. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita tu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga. Subhanallah , banyaknya bonus yang Allah beri kepada kita ni .
  • Untuk peringatan semua wanita yang bersuami , seluruh kebaikan suaminya,  isteri juga dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tidak tanggung. 
  •  Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala tambahan yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat, dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala tambahan ini. Ingat tu wahai isteri . 
  •  Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah . Segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung di tambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.
Banyakkan bonus yang kita dapat ? Jadi , kenapa perlu mengeluh menjadi seorang wanita . Kita juga dapat banyak kelebihan daripada Allah berbanding lelaki . Jangan kita sia-siakan nikmat yang Allah beri . Peliharalah diri kita sebaiknya yer wahai wanita sekalian . Bear it in mind , behind every succeeded man , there is a woman standing by his side.


Terima Kasih Kerana Sudi Singgah :3

No comments:

Post a Comment