Photobucket Photobucket Photobucket

Simple Homemade Twister


Today's entry , i want to share a simple menu for breakfast . Simple but healthy . Sekali sekala , ubah selera apa salahnya ye tak . Balik-balik nasi goreng , mee goreng , kuey teow goreng *alamak ,lapar pulak* . Apa lagi , kita tukar selera western pulak . I accidentally  found this recipe yesterday during my blog-walking . It was inspired from Crispy Roti Poket . 

Nak dijadikan cerita , entah kenapa mood memasak tak ada pulak hari ni gara-gara demam dan penyakit "M" . M stands for Malas . Tapi digagahkan juga , memandangkan adik aku balik sekolah kebangsaan tengah hari nanti . Of coz lah dia lapar kan . Ku gagahkan juga semangat untu ke dapur . *cewaah* . Baikkan aku ? *muka comel* . Godek punya la godek , selongkar punya selongkar peti ais . last2 jumpa la daging burger , salad , lobak dan roti Mission Wrap .

" Mission wrap ? apakah ? Misi bungkus ke ? "

Ni la roti Mission Wrap . Macam2 perisa ada . 
 Wah ! ini sudah bagus . Apa lagi , aku pun mula lah buat projek di dapur . Jom , kita check it out resepinya ok ! its worth to try .




A simple Homemade Twister
Inspired by : After 6 am
By : Cik Fyza

Bahan-bahan :

1bungkus Mission Wraps (any flavour)
4 keping daging burger Ramly (nak ganti dgn sosej / oblong pun boleh)
1 1/2 batang lobak merah (dihiris nipis macam batang mancis)
beberapa kelopak salad (dihiris nipis)
2 biji cili merah(dihiris nipis)
1 biji bawang besar (Dihiris nipis)
3 sudu besar mayonis (ikut citarasa masing-masing)
1sudu besar sos lada hitam ( ikut citarasa masing-masing)
1 sudu besar Thousand Islang *optional*
garam secukup rasa 

Cara-cara :

  1. Ambil sekeping wraps dan letak atas non-sticky pan . Grill kejap around 1 minit tanpa minyak *jangan keras sangat , nanti susah nak balut*
  2. Untuk inti , goreng daging burger tanpa minyak sampai masak , then sejukkan . Hiris nipis nipis dan masukkan dalam mangkuk . * aku guna gunting ja senang*
  3. Masukkan hirisan bawang besar , lobak merah dan cili ke dalam mangkuk berisi daging . Then , masukkan mayonis , sos lada hitam dan thousand island . Perasakan dengan garam ikut citarasa masing-masing dan gaul rata . 
  4. Letak beberapa sudu atas roti wraps than gulungkannya . Boleh dipotong dua jika mahu . 

Mudah bukan ? kebanyakan makanan western ni penyediaan dia sekejap je . Fast and furious , kikikiki . Bolehlah masuk dalam list sarapan masing-masing . Lets practice a healthy lifestyle . Bukan apa , takut tengok ramai orang sakit sampaikan hospital penuh tak cukup katil . Kenapa pulak macam tu ? Dah ramai yang sakit , memanglah hospital penuh kan . Kadang-kadang kita terlalu leka sampaikan kesihatan tubuh badan tak dijaga . Sebut pasal kesihatan ni , aku ada tazkirah sikit . Tadi kita dah cakap pasal makanan fizikal . Sekarang kita hadamkan makanan rohani pula ok ! 2 in 1 , free of charge . Kat kedai burger Abang Burn pun tak dapat macam ni tau .

Dalam sebuah hadis riwayat Imam Bukhari daripada Ibn Abbas r.a , katanya , Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : " ada dua nikmat yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia iaitu kesihatan dan masa lapang ."
Ingat tak lagu Ingat Lima Perkara ? Salah satunya " Sihat sebelum Sakit " . Seronokkan bila kita sihat . Macam-macam boleh kita buat . Aktif gerak sana sini , kerja sana kerja sini , borak sana borak sini dan yang sewaktu dengannya . Tapi , kalau sakit macam mana pula ? mesti kita rasa susah sangat nak buat kerja kan?Memang fitrah semulajadi manusia , bila dah sakit baru mula hargai erti kesihatan . Analoginya macam bila dah miskin baru nak hargai duit syiling 10 sen , kalau tak , jangan harap nak pandang duit syiling 10 sen.

Jadi , sementara kita masih dikurniakan kesihatan yang baik ni , jagalah sebaik mungkin ok .! Tubuh kita ni pinjaman Allah , bila-bila je Allah boleh tarik balik kesihatan kita . Sedangkan lidah melecur sikit pun kita dah mengeluh apatah lagi bila Allah tarik balik function yang lain ? betul tak?

Well , cukuplah sekadar perkongsian ini . Moga bermanfaat . Dalam kita seronok suka kadang-kadang ada yang terleka . Jadikanlah ini sebagai reminder kita bersama . Dalam kita sibuk mencari makanan fizikal , makanan rohani juga perlu dijaga . Untill next time ! terima kasih kerana sudi membaca .






Terima Kasih Kerana Sudi Singgah :3

No comments:

Post a Comment