Photobucket Photobucket Photobucket

Beginning of myself

Assalamualaikum .

Hi everyone . I'm back *ceh , macam ada orang baca je* . Tak kisah lah ada orang baca ke takda orang baca ke , aku nak berceloteh gak sekarang . haha . rasanya dah dekat 3 bulan aku tak berceloteh dekat blog aku ni ha . Kesian blog ni , bersawang sudah . Meh sini fiza yang rajin ni bersihkan . *bajet rajin sangat* haha . Well , kinda busy lately . tu yang malas yang teramat nak jenguk blog ni . lagipun aku ni bukan kaki blogging . *buat apa ada blog kalau malas menulis* haha .

Dalam tempoh 3 bulan ni . macam macam perkara berlaku . Sedih , gembira , geram , menangis , gelak ketawa dan etc . Dah boleh jadi rojak perasaan dah . *wah,menu baru! nak cuba lah* haha . Malasnya nak buka balik lembaran lama selak satu persatu menyingkap kenangan lepas . cewaaaaah , ayat tak menahan . Biasalah , Pelajar terbaik Bahasa Melayu SMAPK kan . *bajet seketika* Astaghfirullah , tak elok riak ni . isy fiza fiza , Pantang dipuji mula lah nak riak . Nampaknya kena buang sikap ni kan .

Back to the point , aku terasa nak menulis kali ni sebab .........i could not guees whhat the reason is but theres something guide my fingers to dance on the keyboard . So , let us see what i'm going to mumble around right now . Dalam tempoh 3 bulan ni , macam-macam perkara terjadi . Yang paling menduka cita kan , i was rejected for PILN MARA . sedih yang tidak terkata . almost a month i tried to console myself accepting the fate that Allah had written for me . Bertambah tambah sedihnya bila kawan aku sendiri dapat juga Mara at that time . What The - ......At that time seriusly frust giler . Dalam hati terdetik , menyesal aku dapat 11A tapi tak dapat fly oversea . Nauzubillah , aku menyalahkan takdir aku and eventually aku mempersoalkan takdir yang Allah tetapkan untuk aku . So , i decided to go to UIA PJ merawat hati yang luka and here i am living happily in this garden of knowledge n virtue . I feel very calm and happy right now and accepting the fate written for me . Aku pernah meminta kepada Allah tunjukkan aku jalan yang betul "adakah medic pilihan terbaik aku " dan Subhanallah , Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya , He gave me the best choice ever and i'm trying to put myself in my whole new world in a way to become a scientis and also a lecturer to be . Subhanallah , how great Allah's power is .

Dekat UIA ni , aku mula berfikir atas alasan apa Allah tak memakbulkan doa aku . Secara tak langsung , aku mula sedar ni sebenarnya ujian Allah kepadaku . Selama ni , apa yang aku minta , Allah beri . Takkan dengan sikit ujian ni , aku nak putus asa . Now , aku yakin . Allah dengar doa aku tapi Allah mengajar aku untuk bersabar . Bersabar menanti sebab disebalik setiap kesusahan itu terselit ketenangan . Eventually , aku sedar sebenarnya Allah tengah berbicara dengan aku semasa aku dalam kesedihan . Dia mendidik hati aku untuk menjadi kuat dan sabar . Dia juga mendidik aku untuk membuang perasaan dengki dalam diri aku . Mungkin ini jalan yang terbaik untuk aku kerana aku memilih jalan yang membuatkan ibu bapa aku gembira . Alhamdulillah . Aku dah terima ketentuanNya .

Well , tu je sebenarnya nak berceloteh . haha . bosankan baca kisah aku ni . tak kisahla sebab mood menaip aku dah tiba sebenarnya . So , from now on aku nak belajar rajin rajin dan capai cita-cita aku utk membuatkan ibu bapa aku bahagia dan juga masa depan ku . Bak kata motto hidup SITI NURHAFIZAH sendiri "Be like a ball , Rebounce whenever you fall ! " So , kepada room mate ku Najie : Selamat berjaya di KMB . nanti bawa balik ole ole dari Kanada untuk aku yer . hehe..wish u all the best n capailah cita-cita kau di sana . Tak lupa juga kepada kawan kawan yang bakal fly . Jagalah diri korang masing-masing dan jangan lupa jaga Islam dan Iman yang dah ada dalam diri korang . dah penat dah berceloteh ni , nak solat la pulak . Sehingga berjumpa lagi di lain hari . Adios ,Wassalam :)
Terima Kasih Kerana Sudi Singgah :3