Photobucket Photobucket Photobucket

Dup Dap Dup Dap

Assalamualaikum semua...

apa khabar? sihat ? harap semuanya  berada dalam keadaan sihat sentiasa kay..tak mau la sakit2..kalau sakit, makan ubat cepat2 dan rehat kay..kalau teruk sangat , jumpa la doktor ...cewah..dah macam doktor pulak aku ni..Ameen..semoga aku berjaya menjadi seorang doktor muslimah yang berjaya , InsyaAllah...

Berbalik kat tajuk entry kat atas . Sebenarnya aku sangatlah cuak sekarang ni..pluz i feel like there are butterflies in my stomach . haha .Teringat dekat seorg member rapat aku dkt Astana 5 Marikh dulu , dia ckp ada dinosour dalam perut dia . Ada ke patut ? haha..sangat rindu pada mereka di Astana 5 Marikh..nanti ada masa saya cerita pasal mereka .hehe..Nak tau kenapa aku cuak sangat ni ? jeng jeng jeng...lagi 2 hari sahaja keputusan SPM nak keluar .  Aku ulang yer  "Keputusan SPM akan dikeluarkan lagi 2 hari sahaja" . . Akhirnya , penantian pelajar pelajar SPM seluruh negara akan berakhir pada 21 Mac 2011 . macam-macam perasaan ada dalam diriku ini . Cuak , takut , gembira , gementar , sedih , risau dan sebagainya . Penatlah nak list satu per satu ..hehe.. 

Aku sangat risau dgn result aku sbb aku rasa aku tak perform dgn cemerlang tahun lepas . Pelbagai dugaan datang menimpa tahun itu . Allah nak uji aku sama ada aku mampu atau tidak lepasi ujian itu . Alhamdulillah , aku berjaya harungi ujian itu . kadang2 aku sedih terkenangkan apa yang aku alami tahun lepas dan rasa macam nak mengalah je . Hanya Allah yang tahu apa yang aku rasakan saat itu . Firman Allah s.w.t dlm surah Al-Inshirah " Sesungguhnya selepas kesukaran itu kemudahan." Well , pesanan rakanku suatu ketika dahulu still lagi tersemat rapi dalam akal sihatku " Allah takkan uji hambaNya melainkan Dia tahu bahawa hambaNya itu mampu mengharungi ujian itu "    Sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya right ? Saat ini aku hanya mampu berdoa dan bertawakkal sahaja kepada Allah . Bukankah Allah telah berfirman dalam Kalam-Nya " Berdoalah kepadaKu nescaya akan ku makbulkan " Cepat atau lambat , insyaAllah , doa kita akan dimakbulkan . Setiap takdir yang Allah telah tulis untuk kita tersembunyi pelbagai hikmah sebab Allah Maha Mengetahui atas segala perkara . Setiap takdir yang telah tersurat untuk kita adalah takdir yang terbaik untuk kita dan kita perlu redha menerimanya . And one more thing , aku nak share Kata-ata yang menjadi pedoman hidup aku tatkala aku susah , senang dan sebagainya . Kata-kata ini aku dapat daripada ibuku yang tercinta . Ibu selalu cakap "walau dalam apa jua keadaan , ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama aku dan Takdir Allah adalah yang terbaik untuk aku . Cukuplah hanya Allah bagiku " ayat ini sentiasa aku pegang dan secara automatik kita akan jadi lebih positif dan bersemangat . Yang penting , kita kena YAKIN yer , jangan sekadar ucap di bibir sahaja .



KHAS UNTUK BATCH SMAPK 07-11

~ 21 mac ni tarikh keramat untuk kita semua . Saat ni kita akan ambil keputusan SPM . Aku nak wish korang All the best lah kay . InsyaAllah kejayaan milik kita semua yer . Lepas ambil result ni , kita semua dah bawa haluan masing-masing . Ada yang pergi oversea , local universiti , matriks , STPM , STAM and so on mengejar cita-cita . Yang tinggal hanyalah kenangan kita bersama waktu alam persekolahan . Aku sangat happy dpt kenal dengan korang semua pelajar putera dan puteri smapk batch 7-11 . Korang lah yang terbaik. Semoga suatu hari nanti kita akan bertemu kembali satu batch yer . Menanti saat itu . Good Luck untuk korang semua dan aku sekali . Sayang sangat kat korang semua .  semoga kita semua mendapat keputusan yang cemerlang 10 A+, 11A+ dan 12A+ 100% dengan akhlak yang terpuji .. Ameen ~




Terima Kasih Kerana Sudi Singgah :3

No comments:

Post a Comment