Photobucket Photobucket Photobucket

Choco-berry Marble muffin

Assalamualaikum.....
Fiza in the house again . Melepaskan kepenatan seharian sebentar . Meluruskan sendi2 tulang yang bengkok . Fuhh..lega...hehe..Well, hari ni aku  terasa nak menaip la pulak . Punya la baik hati aku bertanya pada ibu aku , ada tak bahan untuk ditaip..malang sekali , jawapan mengecewakan..nasib baik ade blog aku tercinta ni , bolehla lepaskan gian sekejap pun jadi la .  Well , hari ni aku nak berkongsi resepi muffin dengan korang semua..*senyum comel* what?.muffin lagi????? =.= Nasiblah , ada orang suruh aku update resepi terbaru . Amboi , memerli yer..so, nak puaskan aty dye kan...aku pun nak update la biar dia  termuntah baca blog aku ni ha...*jahat kan aku ni?* hehe..

Well , entry kali ni tajuk dia choco-berry muffin . Cewah , tajuk dia ta menahan . Actually tajuk resepi asal Strawberry Muffin . Aku saja ubah nama dia . Nak tau kenapa?  jeng jeng jeng.....lihat BAWAH


ni la sebabnya aku tukar nama .Sesuaikan padanan namanya

Ok, terjawab sudah persoalan tadi . Hehe..Comelkan?? alololo..tomey tomey tomey...This my 2nd trial muffin . Dah lama dah aku jumpa resepi ni dekat My Resepi ..Kak Yani punya ..Terima kasih Kak Yani , resepi yang mudah dan senang. Resepi asal ialah muffin pandan , dan aku tak ada pandan emulco , so ubah la sikit2 .  So , Apa maca? ok x ? ok kan jelah yer..Hasilnya sangat memuaskan..tekstur dia gebu gtu pluz wangi n tak berbau telur yang penting . Saya sangat Anti Sama Bau Telur iyer...so , kena hati2 dalam memilih resepi . Ok , macam  biasa , sharing is caring yer kawan2 . Jom kita pakat try resepi ni , sangat simple n mudah bagi amatur macam aku ni ha..Ayuh kita lihat ..Mulakan dengan Bismillah yer semua before try .

Bahan-Bahan Choco-Berry Muffin

  • 180g mentega  ( aku guna 200g )
  • 140g gula halus (aku guna gula icing )
  • 2 biji telur gred A (buang punat dia kay..untuk elakkan hanyir)
  • 100 ml susu segar
  • 220g tepung gandum *
  • 2tsp baking powder * (ayakkan bahan bertanda *)
  • 1tsp strawberry emulco
  • 1tsp chocolate emulco
  • Chocolate chips (optional)
Cara-Cara 

  1. putar mentega dan gula sehingga putih .  Tambah telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang . Slow kan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang-selikan dengan susu segar sehingga habis .gaul rata
  2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian , satu bahagian letak strawberry emulco , satu bahagian lagi letak chocolate emulco dan kacau rata .
  3. sudukan adunan chocolate berselang seli dengan adunan strawberry ke dalam cup .  Anngaran adunan 2/3 cup muffin yer . Kalau guna cup yang keras tak payah letak dalam acuan muffin , kalau yang lembut , letakkan dalam acuan muffin before dibakar yer .
  4. Marble kan adunan dengan mengambil lidi atau chopstick then baru tabur chocolate chips
  5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 darjah celcius selama 18-20 minit bergantung pada oven masing2..sejukkan dan boleh dihidang 
* make sure oven dipanaskan 15 minit sebelum dimasukkan muffin untuk dibakar yer*

~ kalau tak nak marble kan dia pun tak apa..letak je chocolate emulco ke , pandan emulco ker or chocolate emulco sudah memadai . Saje je marble kan biar nampak lawa . hehe..derhaka sikit lah resepi nyer..tak banyak mana pun ~ ok..jom kita lihat hasilnya kay...jom kita mencuci mata :)

before masuk oven...comotkan? hehe..nak cepat punya pasal

comotnye...but they are beautifully baked

waiting tik tok tik tok


Tadaaaa...siap sudah..hehe...comelkan..
hasilnya setelah dikeluarkan dari cup...tergoda i..hehe..


 Well , that the stroy..rancangnye nak buat semalam , tetapi susu segar dan susu cair habis pulak . Kedai banyak tutup almaklumla...pukul 12.00 tgh malam baru nak buat..mana ada kedai nak bukak untuk aku ni ha..nasib baik ibu belikan..Hope all of u enjoy k..hehe.yang pasal QTI tu , nanti aku update sekali dengan pengalaman aku waktu JPJ 19.4.2012 ni..wish me luck kawan2 semua n all the readers kay...Mudah-mudahan usahaku diberkati . Thats all for today..see all of u again next time..Nak tidur jangan lupa solat isyak dulu , basuh kaki , baca doa tido n bla bla bla...hehe..Good night , Assalamualaikum
Terima Kasih Kerana Sudi Singgah :3

1 comment: