Photobucket Photobucket Photobucket

RaFest CFS IIUM 2013


Raudhah Festival a.k.a RaFest merupakan aktiviti tahunan CFS IIUM Petaling Jaya . Surely kalian tertanya-tanya kan apa itu RaFest . Sebenarnya RaFest ni lebih kurang macam Jom Heboh . Tau tak Jom Heboh tu apa? Curious kalau korang tak tau ni . Actually , aktiviti ni menganjurkan kita berhibur mengikut cara Islam . Islam is the way of Life right ? So , ni salah satu cara untuk kita berhibur . Siapa kata Islam melarang penganutnya berhibur ? Bukan melarang , cuma biarlah bertepatan dengan syariat dan tatacara yang dah digariskan oleh agama kita . Betul tak ? 

Officially RaFest start 21 Februari 2013 . Apa lagi ? Pakat mai ramai-ramai ke CFS IIUM PJ untuk memeriahkan lagi annual programme ni .In Shaa Allah menarik da pelbagai aktiviti akan diadakan bersempena dengan RaFest . 

 "Eh , apa aktivitinya? Tak cakap pun "  
Haaaa , ni yang selalu orang duk mai tanya kat cek ni . Penat cek terangkan satu per satu . Apa kata korang semua visit je blog RaFest 13 bagi menjawab pertanyaan anda dan merungkaikan kemusykilan anda . Atau , bagi sesiapa yang ada twitter , just hashtag #RAFEST13 for more info . Mudah bukan ? Sekarang ni maklumat di hujung jari ja . Tak perlu susah susah p UIA PJ semata-mata nak dapatkan maklumat pasal RaFest ye tak . Jadi , apa lagi , pakat mai ramai2 memeriahkan aktiviti ini yer .

Sebenarnya saja ringan tangan duk menolong kawan mem-promote- *aku dah rosakkan bahasa* RaFest ni memandangkan dia ni biro promotion kan Tiz Zack . haha , baikkan aku ? *poyo seketika* . Bukan apa , memang dalam Islam , kita dituntut untuk membantu sesama lain . Bukankah Allah s.w.t telah berfirman di dalam KalamNya :

"Dan tolong-menolong engkau semua atas kebaikan dan ketaqwaan (Surah Al-Maidah : 2) "
Betul tak ? Tolong menolong amalan mulia . Akhir kata , Marilah kita sama2 memeriahkan program ini yer .
Terima Kasih Kerana Sudi Singgah :3

2 comments:

  1. haha..tenkiu awk!! terharu cek.awww :)
    Jom mai Rafest ramai2!!

    ReplyDelete
  2. ayuh2 memeriahkan RaFest . Boleh jumpa mmber lama !! :D

    ReplyDelete