Photobucket Photobucket Photobucket

My Homemade Ayam Goreng Berempah

Apa macam ? Ada style tak ? haha . Well , kali ni aku nak berkongsi ilmu dengan anda semua . Bukankah sharing is caring ? Sebenarnya , bila kita memperoleh sesuatu ilmu , kita patut kongsi bersama . Tak elok simpan seorang diri . Bila kita berkongsi ilmu dengan orang lain kita dapat 2 in 1 . Apa yang 2 in 1 nya ? Kita   akan lebih faham dan dapat pahala memberi . Bak kata pepatah omputeh " Kill Two Birds with One Stone " atau dalam Bahasa Melayunya , " Sambil Menyelam Minum Air " . Wah! tambah koleksi idiom baru yer adik-adik sekalian . Ini sebenarnya salah satu cara kita belajar dan lebih berkesan . Trust me . Ooops , lari topik pula . Aku ni kalau dah berceloteh ,payah nak berhenti . Nanti jauh terlajak ke topik lain pula . 
Resepi yang bakal aku kongsikan ni In Shaa Allah sedap . Banyak kali trial dan error yang telah dibuat . Resepi Ayam goreng Berempah ni aku modified sikit daripada pemilik asal resepi ni . Feel free to check at Dari Dapur MadihaA . So , ambil pen dan kertas ye rakan-rakan . Catat jangan tak catat . Ilmu kalau kita tak catat , lama-lama akan hilang . So , kelas memasak bersama chef Fiza bermula . :3

Abaikan yang atas :3

Ayam Goreng Berempah Wangi & Berserdak
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna
Diolah : Siti Nurhafizah 
Bahan2 

  • 1ekor ayam saiz besar
  • 1 sudu besar Gula 
  •  Garam (secukup rasa)
  • Minyak masak secukupnya
  • Penapis gorengan berdawai halus
  • 1 cawan Tepung goreng ayam (jenama apa2pun)
  • 3 Sudu Besar Serbuk Kari Daging
  • 4 Tangkai daun kari ( terpulang)
Bahan2 kisar
  • 1 biji bawang besar
  • 7-8 ulas bawang putih
  • 1 ½ - 2 inci lengkuas ~ potong kecik2 (aku hiris ja dalam 2-3 hiris) 
  • 1 ½ - 2 inci halia ~ Hiris 
  • 8 batang serai ~ ambil bahagian pangkal saja lebih kurang 1 jengkal/6 inci.. bersihkan & potong2 1 inci (maknanya dptlah 6 potongan bg setiap batang serai 
  • 1 inci kunyit hidup (boleh ganti 1 sudu kecik serbuk kunyit) 
  • 2 sudu besar rempah ketumbar biji
  • ½ sudu besar rempah jintan manis biji
  • ½ sudu kecil rempah jintan putih biji (aku tak letak)
Cara2 menyediakan.  
  • 1. Ayam dipotong beberapa bahagian & cuci bersih & tos.
  • 2. Bahan2 kisar di atas. guna pengisar basah tapi jangan guna air terlalu byk sbb bahan perap ni lebih elok kita tak campur air sebab air yang keluar dari bawang pun dah memadai. (boleh juga guna Pengisar kering)
  • 3.Tuang bahan kisar tadi ke dalam bekas berisi ayam . Masukkan serbuk kari daging , tepung goreng ayam dan daun kari.Masukkan gula dan garam secukup rasa bergantung kepada selera masing-masing .Gaul sebati.Perapkan ayam selama 30 minit hingga satu jam (minimum).Lebih elok semalaman 
  • 4. Panaskan minyak & masukkan ayam satu persatu sekali dengan rempah yang dikisar tadi. Gunakan api yang sederhana. Sesekali rempah2 yang timbul dikacau2 sikit. Bahagian bawah ayam tu sekali sekala dikarih2 sikit supaya ia tak berkerak. Tapi jangan dibalikkan selagi ia belum garing. Biarkan garing di sebelah kemudian barulah dibalikkan. Bila dah garing bolehlah diangkat & toskan. Lepas tu.. gunakan penapis berjaring halus tadi & sauk/kaup kan serdak2 yang dah garing dalam kuali tadi & toskan juga. (kalau boleh tos dalam penapis lain ye). Sauk kesemua serdak sehingga habis dengan mengorek2 atau mengarih2 sikit dasar kuali
  • 5. Sambung menggoreng lagi ayam & masukkan semua rempah2 yang dikisar tadi untuk mendapatkan / menghasilkan serdak yang lebih banyak. 
  • 6. Hidangkan ayam di dalam pinggan hidangan & taburkan serdak yang telah ditoskan.  Ayam Goreng Berempah Wangi & Berserdak ini sedap dihidang bersama nasi lemak, nasi putih atau nasi berperisa yang lain
Dan siap ! Mudah bukan? Alhamdulillah , sekarang lauk ni menjadi kegemaran keluarga dan jarang dah beli ayam goreng berempah dekat pasar malam lagi . Dekat sini aku nak kongsi sebuah hadith :
“Jika  seorang manusia meninggal dunia, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariyah,   atau ilmu yang bermanfaat, atau anak soleh yang mendoakannya.”
[HR Muslim (1631)]
Hadith ni mesti ramai yang familiar kan ? Berdasarkan apa yang aku tahu , Ilmu yang bermanfaat tak semestinya  ilmu akademik dan ilmu agama sahaja . Ilmu-ilmu lain seperti tips-tips menjahit , memasak , berkebun or even sekecil-kecil ilmu mcm ajar menulis  juga dikategorikan ilmu yang bermanfaat . Jadi , apa lagi , mari kita semai ladang pahala kita dengan menabur biji benih amal kebajikan sebanyak mungkin agar kelak kita dapat menuai hasil tanaman kita di padang Mahsyar . In Shaa Allah



Terima Kasih Kerana Sudi Singgah :3

9 comments:

  1. Tudia blog dia!! lawa header :) keep it up dear~

    ReplyDelete
    Replies
    1. satu hari satu malam kowt kerah otak yg xkreatif ni . haha , tq :D

      Delete
  2. Replies
    1. syukran ya ukhti . usaha bersengkang mata akhirnya berbaloi . :DD

      Delete
  3. tahniah ! lg cantik blog dia.. >.<

    ReplyDelete
  4. syukran ya ukhti . inspirasi dari blog awk.hehe

    ReplyDelete
  5. 'afwan ya ukhti..amboi~ malu kite..inspirasi lah sngt,,blog yg xsberapa =.=

    ReplyDelete