Photobucket Photobucket Photobucket

Exam week !

Fuhh , lama tak menaip di blog fiza ni . Sedar tak sedar dah masuk pertengahan semester rupanya . lagi 2 bulan je lagi fiza nak habis semester 3 di CFS IIUM ni . Yeay yeay yeay . *joget -joget* . Seronoknya hai hati ini . Ooops , lupa pula , masih lagi berbaki setahun lagi di CFS ni haaaa . Bulan 6 ni dah masuk 2nd year dan jadi senior . Fuhh , along way to go . In Shaa Allah 2014 nanti fiza akan pursue study ke UIA Kuantan .

Minggu ni 23-24/3 ada exam Matematik dan Fizik . then 3/4 pula exam Basic Themes of Al-Quran. Ya Allah , seriously fiza rasa cuak sekarang . bukan apa , fiza ni lemah math dan fizik . Ingat lagi time form 5 dulu , perit rasanya nak memahami add math dan math . Asyik dapat C memanjang . jeles juga tengok kawan-kawan ramai dapat A+ add math . Tapi , alhamdulillah , berkat usaha yang istiqamah , bantuan cikgu dan rakan-rakan dan serta doa yang tidak putus kepada Yang ESA . Alhamdulillah , fiza berjaya . Sesungguhnya setiap kesukaran akan diiringi kesenangan , betul tak ? Mestilah betul , sebab ini janji Allah dalam surah Al-Insyirah @ Alam nasyrah yang selalu uollss baca kan .

Yeah ! fiza harus bangkit . bukan harus tapi WAJIB . Kena optimis ni . Kalau orang lain boleh , kenapa fiza tak boleh kan ? Doakan kejayaan fiza dan rakan-rakan yer wahai teman-teman sekalian . Fuhhh , boleh boleh dan boleh !!


P/s : SHafiza's Bawal Collection akan berjalan seperti biasa . Jemput singgah page fiza untuk lihat tudung cantik-cantik . To all shawl lovers , nantikan shawl cotton stretched corak tribal yer ! 





Terima Kasih Kerana Sudi Singgah :3

No comments:

Post a Comment