Photobucket Photobucket Photobucket

Bila kita dipilih ......

Assalamualaikum w.b.t . Its me again , fiza is here for updating my blog . Tiba-tiba hati tergerak untuk mencoretkan sesuatu . Therefore , my blog is the medium for me to write my fikrah which is idea . Actually , there is something wondering in my mind making me distracted a little bit . Sesuatu yang membuatkan aku berfikir banyak kali dan sampaikan suatu masa , aku terfikir untuk mengalah sahaja . Well , here it is ........

Di bumi CFS ni , sebagai pelajar 1st year , aku berjaya mendapat jawatan dalam society . Tak pernah terlintas di fikiranku untuk memegang jawatan , tetapi Alhamdulillah , aku ni insan terpilih la kiranya. Jawatan yang aku dapat bukanlah besar mana macam presiden , vice president and others dalam mainboard tetapi tetapi hanya assistant head biro sahaja . Terasa diri ni tak layak lagi untuk pegang jawatan yang besar . Pengalaman memegang jawatan di sekolah dan di CFS ni taklah jauh beza cuma di sini kita perlu berdikari . Kalau dekat sekolah , kita ada cikgu untuk bantu kita . Well , that shows difference level of maturity . Seriously , dekat satu sem aku pegang jawatan ni , aku rasa macam nak mengalah . I'm totally exhausted and kerap sakit from time to time . Waktu meeting bertembung dengan kuiz , meeting sampai lewat malam , uruskan event . sememangnya tu pengalaman baru bagi aku . Well , Experience is the best teacher right ? Dalam masa yang sama , aku ditimpa ujian sekali lagi . Sakit kepala aku kerap menyerang sampaikan satu masa aku tak dapat nak bangun . Sakit yang sama aku rasa waktu form 5 datang balik . Ya Allah , Kau sedang mengujiku kembali . Adakah ini disebabkan aku terlalu leka dan lalai dengan urusan dunia sampaikan aku melupakanMu .? Aku berfikir sejenak .

Satu hari , aku ambil masa berfikir . Adakah aku perlu melepaskan jawatan ni?Adakah aku perlu mengalah dengan keadaan aku macam ni ? Aku mencari-cari jawapan sampai lah aku temui semula jawapannya . Jawapan yang menjadi pendorong untuk aku mendapatkan balik semangat aku .

KENAPA AKU DIUJI
QURAN MENJAWAB
 :
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAMKAN
QURAN MENJAWAB :

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah ayat 216)

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB :

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah Al-Baqarah ayat 286)

KENAPA RASA FRUSTASI?
QURAN MENJAWAB :

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
(Surah Al-Imran ayat 139)

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB :

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
(Surah Al-Baqarah ayat : 45)

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB :

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... "
(Surah At-Taubah ayat : 111)

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? 


QURAN MENJAWAB :
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
(Surah At-Taubah ayat 129)

AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB :

"...dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
(Surah Yusuf ayat 12)


Automatik aku sedar bahawa memegang jawatan ni sebenarnya adalah suatu nikmat dan ujian . Nikmat memegang jawatan apabila kita peroleh pengalaman berharga yang boleh kita aplikasikan dalam kehidupan . Ujiannya pelbagai untuk menentukan sama ada kita benar-benar kuat untuk memikulnya kerana Imam Ghazali pernah bertanya kepada anak muridnya :

"Apakah yang paling berat dalam dunia ini " 

 Pelbagai jawapan yang diberikan , namun jawapannya ialah MEMEGANG AMANAH . Subhanallah , Amanah itu amat berat untuk dipikul . Jawatan itu adalah amanah kepadaku . Kepimpinan itu adalah amanah daripada Allah kepadaku . Allah baru menguji ku dengan jawatan yang kecil dan aku sudah mengeluh . Bagaimana pula dengan cabaran yang digalas oleh yang lain yang lebih tinggi jawatannya kepadaku . Astaghfirullah , aku sering mengeluh dan tidak bersyukur dengan apa yang Allah berikan kepadaku sekarang .  Ibu sering berkata padaku , kalau diri berasa susah hati atau takut cakaplah dengan yakin bahawa Allah sentiasa bersamaku . Allah sentiasa bersamaku . Allah sentiasa bersamaku . Cukuplah Allah sebagai pelindungku dan Dialah sebaik-baik pelindung . Daripada saat aku temukan jawapan itu , aku sedar kesilapanku .

As a Conclusion , memegang jawatan itu ialah anugerah dan dalam masa yang sama merupakan ujian bagi kita . Sesiapa yang memegang jawatan , tahniah dan takziah diucapkan . Apa yang penting , kita kena kuat fizikal dan mental apabila dipilih oleh Allah untuk memegang amanah . Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah . Psychology plays an important role where the most important is the mind set . Our mind controls our emotion and movement . Think positive and be optimist . There is a bright future waiting us ahead . I think i should end my entry now . Sorry for everything . Hanya menzahirkan fikrah dan menghilangkan kerunsingan hati . Need to rest , My head is aching terribly . Pray for my health always in good condition . InsyaAllah . Sekian , Assalamualaikum


Terima Kasih Kerana Sudi Singgah :3

No comments:

Post a Comment