Photobucket Photobucket Photobucket

Masih Belum Terlambat !

~Alaa..kejap lagi aku taubatlah . Hidup ni panjang lagi . ~
~Tomorrow never die..Esok esoklah aku taubat~
~Life begins at forty . Chill out lah kawan ~

Once in our lifetime , pernah x korg terfikir : 
1) " kenapa aku selalu sangat ulang kesilapan lalu , sedangkan aku dah insaf dan menyesal tak nak buat lagi kesalahan itu . Susah ke aku nak berhenti buat kesilapan dulu?" 

Persoalan ini selalu sgt b'legar-legar di mindaku dan aku x jumpa lagi titik noktahnya sehinggalah pada tarikh ini "29-02-2012" . Alhamdulillah, akhirnya Allah buka lagi pintu hatiku untuk  mencari dan terus mencari jawapannya . Hidup ini memang indah namun indahnya tidak kekal ibarat 'ku sangkakan panas hingga ke petang , rupa-rupanya hujan di tengah hari ' . Dalam kehidupan kita ini , tak mustahil kita melakukan kesilapan yang sangat besar dalam kehidupan kita sehinggakan kita sendiri sering mengulangi kesilapan itu walaupun berkali-kali kita BERTAUBAT ! Cuba kita renung sejenak , kerana siapa kita berazam untuk berubah , menyesal dan bertaubat? Is it because of our besties? Is it because of Allah? try to think about it. Inilah sebenarnya titik utama kita or should i say our first turning point..:)

2) " Aku dah banyak kali mohon keampunan Allah setiap kali aku melakukan kesilapan lalu . Aku takut Allah tak terima taubatku . Adakah pintu taubat dan keampunan Allah masih lagi terbuka untukku?" 


Allah Maha Pengampun . I got this word from my friend which i should say it is the key of strength for me to change and repent from what i've done before "...walau dosa kau stinggi gunung, tp keampunan Allah tu sluas langit . " Apabila kita melakukan kesilapan tersebut , masih terdetikkah rasa menyesal dalam diri walaupun sekelumit? Kalau ada , syukur Alhamdulillah kerana itulah petanda iman masih lagi tersemai di dada kita . Jikalau sebaliknya , itu petanda iman kita sudah lemah dan menunjukkan bahawa hati itu sudah sakit , nauzubillah  . Bukankah dalam jasad tiap2 anak Adam di muka bumi ini terdapat segumpal daging iaitu hati . Apabila baik hatinya , maka baiklah dirinya serta perilakunya . Jika buruk hatinya , maka akan menjadi sebaliknya . Pintu taubat Allah sentiasa terbuka untuk hamba-hambaNya . Tiap2 yang berlaku adalah dengan izin Allah . Mungkin Allah mentakdirkan begitu untuk menguji sejauh mana hambaNya mengingatiNya . Bukankah secara fitranhnya, manusia itu beriman kepada Allah ? Tiap2 yang berlaku ada hikmahnya . Yeah , inilah yang mendorong aku untuk berubah dan menjadikan kesilapan lalu sebagai pengajaran dalam kehidupan. . Bukankah lebih elok Yang Baik dijadikan Teladan , Yang Buruk dijadikan Sempadan. :) Pintu taubat dan keampunan Allah sentiasa terbuka untuk hamba-hambaNya . Walaupun seseorang itu telah melakukan kesalahan hatta seperti buih di lautan , pitu kemapunan Allah masih lagi terbuka untuknya .  Allah telah berfirman dalam Al-Quran : 
“Dan orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menyesatkan dirinya sendiri, kemudian ingat akan Allah dan memohon ampun atas dosa-dosa mereka, dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah. Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu sedang mereka mengetahui.”

(Ali Imran: 136)
~ now, i feel more relief and calm . Setiap manusia diberi peluang dalam hidup . Gunakanlah peluang itu ke arah yang lebih baik . Diri ini bukan nak berlagak alim atau apa2 sahaja . Dengan izin Allah , aku berjaya meluahkan kebukuan  yang sekian lama bersarang di hatiku . Mudah-mudahan ianya berguna untuk kalian. Saya tidak pandai berkata-kata ataupun bermadah bicara . Saya hanya meluahkan pendapat sahaja. Carilah titik permulaan dalam kehidupan . If you lose your track , find a new one or ask for a guide. Malu bertanya sesat jalan yer..:) Terima kasih kerana sudi membaca . Mohon undur diri dahulu yer 
sekian , wasalam 







Terima Kasih Kerana Sudi Singgah :3

No comments:

Post a Comment