Persahabatan itu adalah terus terang
Persahabatan bukan sesuatu yang murah
harganya. Benar kadangkala amat lambat persahabatan itu terbina dan
tetapi terlalu mudah persahabatan itu runtuh. Untuk kekal bersahabat
bukan mudah. Terus terang saya tidak ada sahabat baik di sekolah
menengah tetapi saya ramai sahabat baik ketika saya bekerja di kilang,
di pejabat swasta dan di bank saya bekerja. Namun persahabatan itu tidak
kekal lama. Bukan disebabkan saya memutuskan persahabatan tetapi
disebabkan banyak halangan dan juga keadaan yang tidak memihak kepada
saya.
Sekarang saya mempunyai
ramai sahabat dan sangat menghargai persahabatan tersebut. Dalam
bersahabat saya lebih banyak mendengar seribu satu macam masalah
sahabat-sahabat saya. Syukur tuhan berikan saya kehidupan yang mudah,
mempunyai kasih sayang yang melimpah ruah dan kurang masalah dan saya
boleh mendengar masalah sahabat saya ini. (saya selalu menganggap
masalah bukan masalah, jadi macam mana nak ada masalah iye tak?).
Minggu
ini sahaja, saya mendengar masalah 6 orang sahabat saya dengan pelbagai
cerita. Saya mendengar dengan tekun, memberi respon sebaik boleh dan
meletakkan diri saya pada keadaan mereka. Nyata walau saya tidak
menyelesaikan masalah, tetapi saya dapat berkongsi masalah.
Dalam persahabatan kita harus bersangka baik.
Walau
kadangkala ada perbuatan sahabat yang menguris perasaan kita tetapi
jangan kita burukan keadaan yang bersangka yang bukan-bukan.
"Dia mungkin sibuk, bersabarlah.."
Saya
masih ingat bagaimana saya cuba memujuk salah seorang sahabat kami yang
risau kerana salah seorang sahabat lain tidak bertegur sapa. Bahkan
SMSnya tidak dibalas. Manusia kadangkala punya pelbagai alasan jadi
kita kena menerima dengan hati yang terbuka. Lebih-lebih lagi sahabat
yang sudah berumah tangga.
Musuh persahabatan adalah prasangka dan memendam rasa.
Ianya
sangat bahaya. Saya seorang yang sangat vokal dalam persahabatan. Jika
saya tidak suka, saya akan beritahu. Saya tidak memendam rasa jauh
sekali berprasangka. Mungkin sifat ini kadangkala menyakitkan hati
teman-teman saya. Saya akui kekurangan saya ini. Saya tahu banyak hati
yang tergores tetapi goresan itu hanya sebentar kerana saya tetapi
menyayangi mereka. Saya tahu orang yang selalu makan hati dengan saya
adalah Liza Bujang dan Khamisah. Ha ha ha
Liza
Bujang terutamanya, walau saya pernah meluahkan perasaan tidak puas
hati padanya, tetapi tetap menerima pandangan saya dengan hati yang
terbuka. Beliau seorang yang sangat positif dan saya bangga dengannya.
Begitu
juga Khamisah, walau hatinya sangat tergores atas perbuatan seorang
sahabat dan tertanya-tanya apa salahnya. Dia mendengar nasihat saya
bahkan dia mampu berlagak seperti biasa. Sahabat-sahabat begini adalah
sahabat yang sangat positif dan menghargai persahabatan.
Sifat berterus terang perlu dalam persahabatan.
Hubungan
persahabatan seperti juga hubungan suami isteri. Sepasang suami isteri
seharusnya tidak berbohong, memendam rasa dan prasangka dengan
pasangannya. Saya sendiri bersama suami, kadangkala perkara kecil pun
menjadi perbalahan kami. Kadangkala ada kata-kata saya ditafsirkan oleh
suami berlainan daripada apa yang saya maksudkan, dan di situlah kita
harus mencari jalan penyelesaiannya. Bercerita dari hati ke hati dan
kemudian memaafkan antara satu sama lain.
Apa
juga masalah sahabat dengan sahabat, harus diselesaikan dengan
bersemuka. Kalau dirasakan tidak perlu, kita simpan sahaja dan harus
dibuang dari ingatan. Memendam rasa dan prasangka atas sebab yang kita
sendiri tidak jelas, merupakan racun dalam persahabatan. Bahkan orang
tengah tidak perlu kerana orang tengah ini akan merosakkan lagi
keadaan...
Hormati sahabat kepada sahabat-sahabat kita..
Ya..siapa
pun sahabat kepada sahabat-sahabat kita. Kita harus menghormati mereka.
Berikan senyuman pada mereka dan jangan membuat muka. Perkara ini
selalu juga menjadi masalah dalam persahabatan bila seorang sahabat,
tidak menyukai sahabat kepada teman-temannya. Apa hak kita untuk
mengawal sahabat kita? Apa hak kita untuk menahan tetapi kita boleh
menasihati kalau sahabat kepada sahabat kita boleh membawa mudarat.
Saya sayangkan sahabat
saya..untuk sahabat saya, Anda adalah sahabat saya yang paling berharga.
Kalau ada kata-kata yang menguris rasa dan cerita menyakitkan hati di
belakang, rasanya kata-kata itu bukannya datang dari saya. Bersemukalah.
Kerana dalam persahabatan kita harus berterus terang dan tidak memendam
rasa.
Well , appreciate the ukhwah that we built for many years . Dont just let it break off , if it does , we'll regret for our whole life for loosing such wonderful friends . Hope this can give us some benefits . Well , i'll stop here . Demam aku makin menjadi jadi + kepala makin sakit . nampaknya sistem imunisasi dalam badan aku makin lemah . Pray for my health . Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment