Photobucket Photobucket Photobucket

Persahabatan itu adalah terus terang

11/10/2012 . Exam week telah pun bermula . Alhamdulillah , satu paper dah lepas dan berjaya menjawab dengan jayanya . Now , hanya mampu tawakkal dan berdoa sahaja . Aku rasa aku ni alah dengan virus exam lah . Bila lepas satu paper , mula lah kepala aku sakit dan demam . yeah , demam lagi . Nampaknya kena tingkatkan pengambilan ubat yang pahit . Jangan mengeluh fiza . Sakit itu kan nikmat . Sakit tu petanda bahawa dosa kita sdg dicuci . Sabar je la yang mampu . 2 papers more then my 1st semester in this garden of knowledge and virtue finally over . yeah! cuti 2 bulan . nampaknya cuti 2 bulan ni kena pergi pulihkan fizikal mental aku ni ha . A lot of work need to do . What i'm going to talk today yer? emmm . well , this topic regarding friendship . How to maintain a friendship .  This is based on someones fikrah about this . SO ,  Feel free to read .

Persahabatan itu adalah terus terang

Persahabatan bukan sesuatu yang murah harganya. Benar kadangkala amat lambat persahabatan itu terbina dan tetapi terlalu mudah persahabatan itu runtuh. Untuk kekal bersahabat bukan mudah. Terus terang saya tidak ada sahabat baik di sekolah menengah tetapi saya ramai sahabat baik ketika saya bekerja di kilang, di pejabat swasta dan di bank saya bekerja. Namun persahabatan itu tidak kekal lama. Bukan disebabkan saya memutuskan persahabatan tetapi disebabkan banyak halangan dan juga keadaan yang tidak memihak kepada saya.
Sekarang saya mempunyai ramai sahabat dan sangat menghargai persahabatan tersebut. Dalam bersahabat saya lebih banyak mendengar seribu satu macam masalah sahabat-sahabat saya. Syukur tuhan berikan saya kehidupan yang mudah, mempunyai kasih sayang yang melimpah ruah dan kurang masalah dan saya boleh mendengar masalah sahabat saya ini. (saya selalu menganggap masalah bukan masalah, jadi macam mana nak ada masalah iye tak?).
Minggu ini sahaja, saya mendengar masalah 6 orang sahabat saya dengan pelbagai cerita. Saya mendengar dengan tekun, memberi respon sebaik boleh dan meletakkan diri saya pada keadaan mereka. Nyata walau saya tidak menyelesaikan masalah, tetapi saya dapat berkongsi masalah.

Dalam persahabatan kita harus bersangka baik. 
Walau kadangkala ada perbuatan sahabat yang menguris perasaan kita tetapi jangan kita burukan keadaan yang bersangka yang bukan-bukan.
"Dia mungkin sibuk, bersabarlah.."
Saya masih ingat bagaimana saya cuba memujuk salah seorang sahabat kami yang risau kerana salah seorang sahabat lain tidak bertegur sapa. Bahkan SMSnya tidak dibalas.  Manusia kadangkala punya pelbagai alasan jadi kita kena menerima dengan hati yang terbuka. Lebih-lebih lagi sahabat yang sudah berumah tangga.

Musuh persahabatan adalah prasangka dan memendam rasa. 
Ianya sangat bahaya. Saya seorang yang sangat vokal dalam persahabatan. Jika saya tidak suka, saya akan beritahu. Saya tidak memendam rasa jauh sekali berprasangka. Mungkin sifat ini kadangkala menyakitkan hati teman-teman saya. Saya akui kekurangan saya ini. Saya tahu banyak hati yang tergores tetapi goresan itu hanya sebentar kerana saya tetapi menyayangi mereka. Saya tahu orang yang selalu makan hati dengan saya adalah Liza Bujang dan Khamisah. Ha ha ha 
Liza Bujang terutamanya, walau saya pernah meluahkan perasaan tidak puas hati padanya, tetapi tetap menerima pandangan saya dengan hati yang terbuka. Beliau seorang yang sangat positif dan saya bangga dengannya.
Begitu juga Khamisah, walau hatinya sangat tergores atas perbuatan seorang sahabat dan tertanya-tanya apa salahnya. Dia mendengar nasihat saya bahkan dia mampu berlagak seperti biasa. Sahabat-sahabat begini adalah sahabat yang sangat positif dan menghargai persahabatan.

Sifat berterus terang  perlu dalam persahabatan. 
Hubungan persahabatan seperti juga hubungan suami isteri. Sepasang suami isteri seharusnya tidak berbohong, memendam rasa dan prasangka dengan pasangannya. Saya sendiri bersama suami, kadangkala perkara kecil pun menjadi perbalahan kami. Kadangkala ada kata-kata saya ditafsirkan oleh suami berlainan daripada apa yang saya maksudkan, dan di situlah kita harus mencari jalan penyelesaiannya. Bercerita dari hati ke hati dan kemudian memaafkan antara satu sama lain.
Apa juga masalah sahabat dengan sahabat, harus diselesaikan dengan bersemuka. Kalau dirasakan tidak perlu, kita simpan sahaja dan harus dibuang dari ingatan.  Memendam rasa dan prasangka atas sebab yang kita sendiri tidak jelas, merupakan racun dalam persahabatan. Bahkan orang tengah tidak perlu kerana orang tengah ini akan merosakkan lagi keadaan...

Hormati sahabat kepada sahabat-sahabat kita..
Ya..siapa pun sahabat kepada sahabat-sahabat kita. Kita harus menghormati mereka. Berikan senyuman pada mereka dan jangan membuat muka. Perkara ini selalu juga menjadi masalah dalam persahabatan bila seorang sahabat, tidak menyukai sahabat kepada teman-temannya. Apa hak kita untuk mengawal sahabat kita? Apa hak kita untuk menahan tetapi kita boleh menasihati kalau sahabat kepada sahabat kita boleh membawa mudarat.

Saya sayangkan sahabat saya..untuk sahabat saya, Anda adalah sahabat saya yang paling berharga. Kalau ada kata-kata yang menguris rasa dan cerita menyakitkan hati di belakang, rasanya kata-kata itu bukannya datang dari saya. Bersemukalah. Kerana dalam persahabatan kita harus berterus terang dan tidak memendam rasa.
 

Well , appreciate the ukhwah that we built for many years . Dont just let it break off , if it does , we'll regret for our whole life for loosing such wonderful friends  . Hope this can give us some benefits . Well , i'll stop here . Demam aku makin menjadi jadi + kepala makin sakit . nampaknya sistem imunisasi dalam badan aku makin lemah . Pray for my health . Assalamualaikum
 

Terima Kasih Kerana Sudi Singgah :3

Exam week :)

Its about time . My final exam just around the corner . yeah! suka nye , lepas tu cuti 2 bulan . lama kan? akan aku gunakan cuti tu sepenuhnya dengan topup tidur ku . hahaha . Hibernasi seketika sebelum kembali ke cfs . Kenapa cuti 2 bulan? soalan yg sgt famous diajukan kpd aku . Actually ada 3 sem sebenarnya . 2 long sem , dan 1 short sem . Mengikut study plan , aku tak ambil sem 2 . Overall , aku ada 2 sem sahaja per year . so , kalau 2 tahun? 4 sem sahajalah . untungkan aku? haha ,lain kali letaklah uia sebagai pilihan di upu ok , tak menyesal punya . *senyum bermakna*

Just about 3 weeks more . Next week exam week . Wah , cuaknya . cukupkah persediaan mental dan fizikal aku ni ? herm . no komen . minggu ni , entah kenapa my health once again in bad condition . Kepala aku semakin sakit especially waktu malam .Tambah pulah lif mahallah satu je yang berfungsi , so , rajinkan dirilah naik tangga time peak hours . Sememangnya minggu yang memenatkan . Luckily there will be some gaps between 3 subjects so that wont be depressing . Nak tengok jadual ? sila lihat bawah . :


 
Bi : 11hb/Kimia:18hb/Bio:22hb

Then 22 hb oktober 2012 , tamatlah kisah aku sewaktu sem 1 dan 21 January 2013 bermulalah kisah aku sewaktu sem 3 . Seriously , Schedule aku sangat pack campur aktivit and events society yang perlu conduct . Ya Allah , mampukah aku hadapi semua ini ? Aku harap kesihatan aku semakin baik  . InsyaAllah . Jadual sem 3 aku sangat "seronok".  I'm going to struggle to be exempted for English so that , jadual makin bertambah seronok . haha , see my jadual

Cuba buang english tu . Nampak betapa seronoknya jadual aku ? *senyum bermakna*


Well , tu je la aku nak berceloteh hari ni . Ta sabarnya nak baking cake dan cookies . Hilangkan stress yang menyelubungi aku sepanjang minggu di sana .Balik rumah sebentar untuk cari ketenangan . Well , doakan kejayaan aku . Aku masih lagi dilema , adakah aku perlu kekalkan cita-cita aku dulu atau pilih backup plan . herm . no komen . Ok lah , need to rest . kepala aku dah bagi sign suruh berhenti . Need to go , Have a nice day friends . Assalamualaikum
Terima Kasih Kerana Sudi Singgah :3