Photobucket Photobucket Photobucket

3in 1 n3scafe

I should start with Assalamualaikum to all readers and my dearest friends .
Hari ni , aku rasa down sangat . Mana taknya..Kecewanyer bila our Deputy Prime Minster announced Dasar Tajaan JPA utk tahun ni . Ya Allah , rasa sedih menguasai diri . Well , sudah suratan takdir sebegitu . Kenapa perlu aku mengeluh dan berputus asa ..betul x? Yeah ..kenapa aku perlu berputus asa ? Mungkin itu bukan rezeki aku .  Allah lebih mengetahui atas setiap perkara yang berlaku . Yeah , I need to struggle even more ..Nampaknya , Ireland needs to wait a little bit longer! someday aku akan menjejakkan kaki di situ . Mungkin waktu itu , bersama dgn my soulmate maybe..pursuing our studies together ,,InsyaAllah ..When there is a will there is a way kay fiza...cheer up..hehe..

Ok..tutup buku pasal JPA ni haaa...Nanti sdey balik ..Dalam duka , terselit rasa suka..kenapa? sebab..Hari ni ada orang tu happy sangat . Dia berjaya mendapat interview UPNM . Alhamdulillah , aku tumpang gembira . Kan da cakap , kalau da rezeki , tak ke mana lah awak . Allah dah  beri awak jalan . Pandai-pandailah awak pilih yer . Alhamdulillah juga sbb dia dah buat mak dia happy dengan kejayaan dia . Nampaknya aku kena buang rasa anti dengan tentera ..hehe..Aku pun tak tahu nape aku anti sangat dengan tentera . Tentera merupakan suatu pekerjaan yang mulia sebab mereka sanggup berkorban mempertahankan negara . Isy isy isy fiza ni...macam budak-budak . I hope u will succeed for your interview kay . Make ur mom n brothers proud of u kay .. InsyaAllah kita sama-sama berjaya and make our parents proud of us . yang penting , jangan lepaskan peluang tuntut ilmu sebanyak mungkin okay..Jangan kecewa kalau tak berjaya . Yang penting ingat tau , Allah sentiasa bersama kita .. Make this as ur motto "Allah sentiasa bersamaku dan Dia lebih tahu apa yang terbaik untukku"  .

Ok..tutup pula kisah atas ni..hehe...masuk pulak kisah menakutkan dalam hidup aku . Petang tadi aku tinggal sorang kat rumah . After siap buat muffin , aku online la kejap . Aku pelik la..apasal macam bunyi kaca bergerak tau . Buat ta endah je la , maybe jiran sebelah yang main botol kaca kowt. Bunyi ue ta henti2 n tiba2 aku rasa pening semacam . macam berpusing2 je rumah ni . Aku mula tak sedap hati , aku tgk medal yang tergantung dekat dinding bergoyang-goyang laju..laju sangat..cawan semua dah bergegar . Aku dah cuak da...Aku telefon lah ibu tanya ada rasa macam aku rasa tak ..Ibu cakap mungkin aku  pening kepala kan..dia pun suruh aku  duduk n tenangkan diri . Aku dah cuak da dan hampir nak menangis , aku tengok pasu dah mula bergegar dah dan makin kuat pulak..aku cepat2lah telefon dia dan dia tryla tenangkan aku..After a few minutes baru reda dan berhenti ..Rupa2nya gempa bumi berlaku dkt pantai barat . Kuat pulak tu..aku dapat tahu drpd kwn2 dkt fb..Ya Allah , hanya Kau sahaja yang tahu apa yang aku rasa . time tu aku hanya pasrah sahajalah . Then aku pun hantar msg dekat ibu , ibu pun terkejut sbb dkt kuala selangor tak rasa . Dia mula risau n aku cakaplah dah ok dah..Kedah pun turut rasa tempiasnya..Alhamdulillah , semua baik2 saja...maybe ni ujian Allah .

Fuhh..3 in 1 cerita  ku hari ni .. Sedih gembira dan takut..hehe..ok..dah macam nescafe 3 in 1 sudah..adoyai..hehe..k lah  , tu je aku nak membebel hari ni . Penat lah pulak duk seharian kat rumah . Ibu aku cakap..jangan trauma sudah..adoyai..ibu ni..akak mana penakut sangat..ok..thats all for today..malas nak taip panjang2...penat..kay nite semua..Assalamualaikum
Terima Kasih Kerana Sudi Singgah :3

Choco-berry Marble muffin

Assalamualaikum.....
Fiza in the house again . Melepaskan kepenatan seharian sebentar . Meluruskan sendi2 tulang yang bengkok . Fuhh..lega...hehe..Well, hari ni aku  terasa nak menaip la pulak . Punya la baik hati aku bertanya pada ibu aku , ada tak bahan untuk ditaip..malang sekali , jawapan mengecewakan..nasib baik ade blog aku tercinta ni , bolehla lepaskan gian sekejap pun jadi la .  Well , hari ni aku nak berkongsi resepi muffin dengan korang semua..*senyum comel* what?.muffin lagi????? =.= Nasiblah , ada orang suruh aku update resepi terbaru . Amboi , memerli yer..so, nak puaskan aty dye kan...aku pun nak update la biar dia  termuntah baca blog aku ni ha...*jahat kan aku ni?* hehe..

Well , entry kali ni tajuk dia choco-berry muffin . Cewah , tajuk dia ta menahan . Actually tajuk resepi asal Strawberry Muffin . Aku saja ubah nama dia . Nak tau kenapa?  jeng jeng jeng.....lihat BAWAH


ni la sebabnya aku tukar nama .Sesuaikan padanan namanya

Ok, terjawab sudah persoalan tadi . Hehe..Comelkan?? alololo..tomey tomey tomey...This my 2nd trial muffin . Dah lama dah aku jumpa resepi ni dekat My Resepi ..Kak Yani punya ..Terima kasih Kak Yani , resepi yang mudah dan senang. Resepi asal ialah muffin pandan , dan aku tak ada pandan emulco , so ubah la sikit2 .  So , Apa maca? ok x ? ok kan jelah yer..Hasilnya sangat memuaskan..tekstur dia gebu gtu pluz wangi n tak berbau telur yang penting . Saya sangat Anti Sama Bau Telur iyer...so , kena hati2 dalam memilih resepi . Ok , macam  biasa , sharing is caring yer kawan2 . Jom kita pakat try resepi ni , sangat simple n mudah bagi amatur macam aku ni ha..Ayuh kita lihat ..Mulakan dengan Bismillah yer semua before try .

Bahan-Bahan Choco-Berry Muffin

  • 180g mentega  ( aku guna 200g )
  • 140g gula halus (aku guna gula icing )
  • 2 biji telur gred A (buang punat dia kay..untuk elakkan hanyir)
  • 100 ml susu segar
  • 220g tepung gandum *
  • 2tsp baking powder * (ayakkan bahan bertanda *)
  • 1tsp strawberry emulco
  • 1tsp chocolate emulco
  • Chocolate chips (optional)
Cara-Cara 

  1. putar mentega dan gula sehingga putih .  Tambah telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang . Slow kan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang-selikan dengan susu segar sehingga habis .gaul rata
  2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian , satu bahagian letak strawberry emulco , satu bahagian lagi letak chocolate emulco dan kacau rata .
  3. sudukan adunan chocolate berselang seli dengan adunan strawberry ke dalam cup .  Anngaran adunan 2/3 cup muffin yer . Kalau guna cup yang keras tak payah letak dalam acuan muffin , kalau yang lembut , letakkan dalam acuan muffin before dibakar yer .
  4. Marble kan adunan dengan mengambil lidi atau chopstick then baru tabur chocolate chips
  5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 darjah celcius selama 18-20 minit bergantung pada oven masing2..sejukkan dan boleh dihidang 
* make sure oven dipanaskan 15 minit sebelum dimasukkan muffin untuk dibakar yer*

~ kalau tak nak marble kan dia pun tak apa..letak je chocolate emulco ke , pandan emulco ker or chocolate emulco sudah memadai . Saje je marble kan biar nampak lawa . hehe..derhaka sikit lah resepi nyer..tak banyak mana pun ~ ok..jom kita lihat hasilnya kay...jom kita mencuci mata :)

before masuk oven...comotkan? hehe..nak cepat punya pasal

comotnye...but they are beautifully baked

waiting tik tok tik tok


Tadaaaa...siap sudah..hehe...comelkan..
hasilnya setelah dikeluarkan dari cup...tergoda i..hehe..


 Well , that the stroy..rancangnye nak buat semalam , tetapi susu segar dan susu cair habis pulak . Kedai banyak tutup almaklumla...pukul 12.00 tgh malam baru nak buat..mana ada kedai nak bukak untuk aku ni ha..nasib baik ibu belikan..Hope all of u enjoy k..hehe.yang pasal QTI tu , nanti aku update sekali dengan pengalaman aku waktu JPJ 19.4.2012 ni..wish me luck kawan2 semua n all the readers kay...Mudah-mudahan usahaku diberkati . Thats all for today..see all of u again next time..Nak tidur jangan lupa solat isyak dulu , basuh kaki , baca doa tido n bla bla bla...hehe..Good night , Assalamualaikum
Terima Kasih Kerana Sudi Singgah :3

Muffin ..yummy

Assalamualaikum n a very good night i bid to all..well, on behalf of ****** club , i would like  to convey a speech entitled bla bla bla bla...haha..mengarut sudah aku malam macam ni . Well , macam lama je aku tak update blog aku ni..biasala , aku sekarang ni busy sedikit..cewah..mengalahkan menteri gitu..tak adalah busy mana pun sebenarnya..busy dengan driving class sahaja . . Guess what? i've passed my QTI ..haha...uisy..pengalaman yang pelik dan kelakar bagi aku..tapi..nanti lah aku cerita yer pengalaman aku dalam next entry kay u alllz sebab perasaan teruja membuat muffin mengatasi segalanya . Mana tak nye , aku berjaya jumpa resepi muffin tanpa telur . I repeat , TANPA TELUR . muahahahahahaha*ketawagila*

Thankz to kak fida dalam My Resepi..very useful buat aku yang tak berapa gemar telur n segala waktu dengannya ..sangat gembira tidak terkata .  Setelah berapa lama aku simpan hasrat hendak membuat muffin , baru hari ni aku berkesempatan mencuba membuat muffin..my first trial la senang kata . Almaklumla, budak amatur lagi . Luckily , my ibu menyedari hakikat itu , dan dia pun membeli 50 cup muffin..wahahaha..bulat mata aku melihatnya..Apa lagi , malam nii terus aku buat..eksaited punya pasal . Lalalala...hatiku mendendangkan lagu dondang sayang..haha...Dan macam biasa , ibu memberikan amaran kerasnya

" buat biar jadi , jangan masuk muzium pulak .dengan hang sekali ibu letak dalam muzium kek"
Aku hanya mampu menggarukan kepala aku yang tak berapa gatal sahaja sambil tersengih macam hamster comel..haha ..Alhamdulillah , segala usahaku berjalan lancar dan baik..sampai lah satu tahap , aku was2 dengan adunan aku..betulkah apa aku buat ni , dan aku pasrah sahaja..practice makes perfect kan awk awak sekalian..
dan kini tiba saat muffin ku dimasukkan dalam oven..hehe..menunggu punya menunggu , Alhamdulillah , muffin menjadi..excited tengok dia naik..comel gitu ..Fuhh , lega...No more museum threat okay..hehe...lega dan boleh duduk dengan gembira . well , sempat la jugak aku snap snap picture sebab terlebih excited punya pasal . Entry kali ni pendek jer..malas pulak nak taip sebab hari ni sangat lah penat . Mata pun dah ngantuk dah...Sebelum tu..ayuh kita lihat hasilnya..Watcha...;)

Baru masuk oven..still hoping :)

Excited..hehe

cantikkan dia naik

 
walllla..hasilnye..Alhamdulillah..1st trial..so..sangat puas hati..Yummy


Well, thats all for today..hope all of u enjoy k..hari ni fiza ta mau bercerita banyak..sebab penat sangat..hehe..sudah ngantuk ma...Oooops lupa..Berminat untuk mencuba? sangat simple. . Rajin-rajinlah buka resepi di sini yer..Aku dah sediakan link...hehe..malas na taip..ape lah fiza ni kan...:)

Visit Chocolate chip muffin (tanpa telur)
Yummy kowt..ta sabar nak tunggu esok pagi..K la semua , fiza ngantuk..good nite Assalamualaikum

Terima Kasih Kerana Sudi Singgah :3

Begedil omputeh version :)

Assalamualaikum..feelin' great today? yeah..me too..so great..totally awesome..Don't forget to say Alhamdulillah for giving us chance to feel happy even a little bit of happiness..tik tok tik tok..jarum jam sentiasa berdetik tanpa hentinya dan akan berhenti bila bateri jam habis..haha..betulkan? tapi masa sentiasa berlalu dengan pantasnya ..yup..sangat pantas,..meninggalkan mereka yang leka dengan dunia..Sedar ta sedar , dah masuk bulan 4 dah..tinggal lagi sebulan lebih saja aku duduk di rumah ni..Apa lagi , masa sebulan lebih ni apa kata kita manfaatkan dengan sebaik-baiknya kay..tuntutlah ilmu2 memasak di dapur , menjahit n so on supaya masa lapang kita dapat dimanfaatkan sepenuhnya Insya-Allah..

hari ni aq nak cerita pasal begedil..haha..BEGEDIL..betul ke apa aku eja ni..lantak pi la..asal bunyi nyer sama..korang pernah makan begedil? ala..yang makan sekali ngan soto tu..base dia potato or nama melayunya kentang . . saya sangat suka kentang..hehe..ape2 yang berkaitan dengan kentang kecuali satu..saya tak suka cucur yg ada kentang..pelik kan..entah mengapa..tekak ni susah nak terima..banyak demand betullah aku ni..korang dah baca kan tajuk post aku..hari ni aku nak cerita pasal tu la..hehe..begedil omputeh version iaitu POTATO CROQUETTE..ha???ape dia?potato ROKET? Potato KERAKIT? hehe..sebut la apa sahaja..asal ada bunyi sudah..ala-ala begedil juga..tetapi dia version orang putih..macam hashbrown ..pernah rasa? kat pasar raya banyak jual potato croquette ni..aku tak pernah makan smpailah aku terjumpa resepi potato croquette ni..ha..ni la yang aku nak share dengan korang..resepi dia sangat simple..korang boleh tukar daging tu dengan isi ketam ke , isi tuna ke , letak cheese sekali ke..ta kesah..ikut taste korang..merangsang kreativiti gitu..cewahh..hehe..aku dapat resepi ni drpd  kak yani dlm MyResepi..hehe..wallllla..marvellous..selepas aku change sedikit ikut cita rasa aku..n menjadi..hehe..jom..lets enjoy the story mory..hehe..i present to all off u my POTATO CROQUETTE ..bon appetite

apa mcm? hehe..comel x..bulat gitu...


teruja tak? hehe..mcm fishball kan.?  bulat je  gitu...well..marilah mencuba buat..sangat senang..

Potato croquette

  • 4-5 biji ubi kentang
  • 1 sudu mentega
  • 1/2 biji bawang besar
  • 150g daging cincang
  • sedikit garam dan serbuk lada sulah
  • 2 biji telur dipukul
  • bread crumbs secukupnya
  • sedikit tepung
  • minyak untuk mengoreng

Cara-cara

  1. Rebus ubi kentang sehingga masak(biarkan sejuk)
  2. Kemudian kupas kulit kentang dan lenyek dengan garfu
  3. Potong dadu bawang besar.
  4. Panaskan mentega. Tumis bawang besar sehingga naik bau.
  5. Masukkan daging. Kacau supaya tidak berketul. Bila dah masak tambahkan garam dan serbuk lada sulah.
  6. Kemudian masukkan daging ke dalam ubi kentang tadi. Gaul sehingga sebati
  7. Bahagikan kepada 8 bahagian. Ambik satu bahagian dan buat bentuk bulat atau ikut kesukaan anda. Ulang sampai habis.
  8. Salutkan setiap bahagian tadi dengan tepung, kemudian dengan telur yang telah dipukul dan diikuti dengan bread crumbs
  9. Goreng dalam minyak penuh 
#ok..kat sini aku ubah sikit2..tak banyak..sikit saja..daging cincang tu aku tambah serbuk lada hitam dan blackpepper sauce..bubuh ikut taste korang..jangan banyak sgt..blackpepper sauce n serbuk dia panas..karang ada yang sakit tekak pulak..then , biarkan sejuk dulu.. make sure daging tak berair kay..kalau tak lembik nanti..after gaul dengan kentang , aku tak berapa berkenan dgn rasa dia..so, aku tambah sedikit garam dan serbul lada hitam sedikit..sesuaikan dengan lidah korang..rasa la..kalau perlu tambah apa2 , tambah la..lps goreng , dia mcm lebik sikit dlm dia..so , korang gulingkan la adunan tadi atas tepung beberapa kali after gentel..aku try , ada improvement sedikit drpd 1st trial..hehe..aku baru saja cuba..so , nak lagi info.visit lah My Resipi :Potato Croquette

Feel  free to try kay..aku masih amatur lagi..hehe , masih menimba ilmu memasak lagi..so , sharing is caring..itu sahaja entry utk kali ni..dah lewat,Lappy menjerit suruh offline..yeah..need to off..kay semua..have a nice day..selamat malam semua , Assalamualaikum
Terima Kasih Kerana Sudi Singgah :3

NTAH LAAAA

Salam awakkkk.....ase cam da lama x kacao blog awak...bg sy kacao jap lah

tatao na tliz ap sbanarnya nie...heeee....
memandang an skrg un da kje tanam aggur je an...
so boring laaaa...
dok rumah....tdow makan tdow makan jerr
same laaa nan awak...
heeeeeeeeeeee.................jgn mara..)!!!
haish>>>>>>panjang lak ngarut nye..
sbb mmg niat na ngarut unn....da bosan an...
nsb laaa...blog awak jd mangsa!!!!
awak jgn bom itew lark....sbb kaco blog comey awak nie...heee....
 natliz lgu nie lah...khas ntok awak



              kau umpama bunga yang mekar di hati ku
              ku harap kau mekar lah selama lamanya
              kau umpama bintang yang menyinari hidup ku
              ku harap kau teruz bersinar

              ketika kau perlu kan aku
              sentiasa aku ada di sisi mu
              ketikaku rindu pada mu
              tarasa cinta semakin dalam,.................

              sayang...............................
              kasih ku abadi
              cintamu terangi hidup iniiiii...
              kau dalam ingatan...
              di sepanjang hayat ku
              demi teguhnya cinta..
              SELAMA LAMANYA.........................


ok x...heeee...lao na nyanyi cdap...tuliz je laaa
Terima Kasih Kerana Sudi Singgah :3

Yummy..Biskut marble Salji

Assalamualaikum..How ur day today ? I hope everythig just fine enough kay .. What about my day? well , let say..Alhamdulillah, all praises to Allah . All went smooth today but a little bit tired lah . seriously..sampaikan tak larat dah mata nak bukak masa menonton cerita favourite aku...Ibu geleng kepala je tengok aku..Ibu cakap aku ni dah macam mangsa Tsunami da..haha..

Nampaknya bulan mac sudah berakhir . Entry last aku update pun bulan mac..so rasanya macam da lama juga la aku tak update blog aku ni..bukan ape , aku malas sebenarnya nak berjaga malam ..hehe..sekarang aku da pandai tidur awal tau sejak PC aku masuk hospital dan rasanya akan keluar selepas angah habis SPM...whoa..lama lagi tu..haish...aku terpaksa tahan keinginan aku nak main game harvest moon dan pokemon..isy2..abah cakap..da besar panjang pun main game budak-budak..haha..biasala ,..anak abah yg perempuan sorang ni mmg macam tu...abah ta kenal ke..hee..Hari ni mood rajin update blog da tiba..hari ni aku terlebih excited lak nak bercerita..hehe..bukan ape..na kongsi someting ngan korang..na tau tak?? kalau nak tau...kenyit mata 3 kali depan blog aku ni..heee..merepek je la fiza ni..hari ni aku nak share something mouth watering dengan korang semua pembaca blog aku ni..Well , actually i'm fasting today..Just reviving our last Prophet's Sunnah ...Lupa ka...hari ni kan hari Isnin..so..Jomlah kita puasa sunat Isnin Khamis kay..:)

Ok..actually siang tadi aku duk meng-usha resepi-resepi..bukan ape..menyedapkan mata saja...walaupun tekak menahan makanan drpd masuk..tapi aku ni punya la tak senonoh..p usha resepi2 dekat Mr.google..hehe..bukan buat aku makin lega..makin lapar ada la..jangan tiru perangai saya kay..ta senonoh betul..haha..usha punya usha punya usha...sekali..aku terjumpala satu resepi ni...Biskut Marble..haha..Simple sangat..aku usha la resepinya...buat checklist barangan dekat rumah aku..nak bagi habis segala stok semua dekat rumah aku ni ha..haha..so..aku nekad malam ni aku buat biskut ue...fuhh..sabar je la..

Malam pun menjelma..Line clear..Aku tengok ibu aku da kat bilik..ahaha..so aku teruskanlah mission tak berapa IMPOSSIBLE aku ni ha...Setting barang2..ok..clear..ready perkakas...checked...Dan misi pun berjalan..haha..sangat riang ria di hati ku..lalalalaalala..menyanyikan lagu Sway ..sekali..

" Kakak nga watpe ni"

haha..mcm na tercabut jantung aku ni ha..ibu sergah dari belakang..hak3..aku tersengih mcm kerang ta berapa busuk an..aku ckp la..Mission Impossible..haha..dan ibu pun cakap..."Mission impossible tengkorak hang" haha..sekali lagi..aku sengih secomel-comelnya...dan teruskan kerja aku..
"Akk pernah tengok x muzium kek? Kalau ta menjadi biskut ue..dengan biskut , brg buat biskut dan hang sekali ibu letak dalam muzium ue.."

Fuhh.amaran keras..hak3..Baiklah..anak ibu yang baik ni menurut perintah yer,...Dengan berbekalkan tulang 4 kerat aku ni ha..aku berhempas pulas buat..cewah..ayat ta menahan..mcm nak buat kilang kuih je padahal buat biskut je...hehe..Alhamdulillah , menjadi juga..hak3.sekali lagi ibu menjenguk dapur ..

"Astaghfirullah...DAPUR aku.." dan ibu hanya mampu menggelengkan kepalanya..

haha..ape la aku nih...tapi segalanya berhasil..Di mana ada kemahuan di situ ada kejayaan..sebenarnya..tujuan aku buat biskut ni sbb nak buat ibu n abh tersenyum..bukan apa..tengok diaorg letih sangat..so..aku pun mula la nak ubah suasana..hehe..yeah..ibu n abah tersenyum..dan ibu kata..sudah besar panjang rupanya anak dara ibu sorang ni..dah boleh makan jasa dia dah..hehe..aku hanya mampu garu kepala aku yang tak gatal..Mission Impossible aku accomplished ...hehe..tahniah fiza..:)

 

hehe..macam biasa..sharing is caring kan awak semua..so..aku nak la sharing photo yang aq snap snap tadi serta resepinya sekali..enjoy kay..hehe..bukan niat nak show off ke ape..juz berkongsi yer..;)
actually.nama dia biskut marble saja..tapi aku saja tambah..BISKUT MARBLE SALJI..aku tak suka taste dia..tp..aku ubah la sikit..em..boleh tahan..n not bad..lepas ni aku nak upgrade resepi ni..wallllla...akan ku masukkan dalam senarai kuih raya..haha




Jom usha resepi kay...

  • 125g butter lembut ( butter pada suhu bilik)
  • 95 gram susu pekat manis
  • 1sudu besar gula halus/icing
  • 1 3/4 cwn tepung naik sendiri (ayak)
  • 1sudu besar serbuk koko.-ayak-.(jgn guna van houten..siyez..pahit..aku da buat..haha)
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • gula icing sedikit untuk ditabur di atas permukaan biskut..(yg ni optional)
Cara-cara :

  1. Putar  butter , esen vanilla, susu pekat manis dan gula sehingga kembang ..
  2. Next , masukkan tepung naik sendiri yg telah diayak sedikit demi sedikit dan uli sehingga boleh dikepal dengan tangan..(kalau adunan still melekit lagi..tambahkan tepung kay)
  3. ambil 1/3 adunan yang telah diuli itu then letak dalam mangkuk yang lain..masukkan serbuk koko dan uli sehingga sebati  kay..
  4. bila dah siap..cubit sikit adunan yang putih dan sedikit adunan yang berkoko..korang gabungkan dan tenyeh dia smpai bercampur warna ..nmpk mcm marble gitu dan bulatkannya...masukkan dalam loyang ..n bakar pada suhu 160 darjah celcius selama  15-20 min kay...
  5. Then biar sejuk n masukkan dalam cup kecil..ta kesahla na letak ke tak..ikut suka..then tabur la gula icing..or gula yg korang kisar smpai halus..na bg effect 'salji'..hehe..optional..
  6. Selamat mencuba..;)


Terima Kasih Kerana Sudi Singgah :3